Assalamualikum...dan bersua lagi kita dalam Tips Mudah Homestay. Kali ini kita akan membincangkan tentang Tips untuk penginap memilih homestay yang bersesuaian dengan mereka.
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah apakah tujuan menginap. Terdapat beberapa sebab seperti mungkin untuk menghadiri majlis perkahwinan, hanya melancong, menghadiri kursus, menghadiri rawatan di hospital ataupun mengendalikan sesuatu program seperti "Program Mencari Ramli". Ini berkaitan dengan bilangan penghuni yang akan menginap.
Jika bilangan penginap ramai di antara 10 hingga 20 orang ataupun lebih, adalah lebih maklum anda mencari homestay yang luas serta memiliki bilik yang banyak. Jika homestay terdapat tidak dapat menampung bilangan penghuni yang ramai, maka anda terpaksa menempah dua buah homestay sekaligus.
Walaubagaimanapun ada sesetengah penginap yang sanggup berasak asak ramai ramai semata mata untuk mengurangkan bajet dan sebagainya. Ini pula bergantung kepada pengusaha homestay. Ada sesetengah pengusaha yang tidak kisah dan boleh menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk menampung bilangan penghuni yang ramai. Tetapi ada juga pengusaha yang terpaksa menghadkan bilangan penginap kerana untuk kepentingan homestaynya dan untuk keselesaan penginap.
Ruang meletak kenderaan juga faktor yang amat penting. Jika homestay yang anda ingin menginap terletak di kawasan perumahan seperti perumahan berteres atau semi D. Dimaklumkan bahawa, parking kereta anda sukar dilakukan. Maka sebagai alternatifnya, jika anda hadir dalam jumlah yang ramai melebihi 2 buah kereta, selalunya homestay di kawasan perkampungan menjadi pilihan yang terbaik. Begitu juga jika apartment atau rumah pangsa juga memiliki ruang parking yang terhad. Maka, buat pilihan terbaik.
Sebab kedua ialah kos sewaan homestay. Sudah menjadi kebiasaan ada sesetengah penginap yang meminta diskaun atau sewaan homestay yang lebih rendah terutamanya jika penginap itu terdiri dari pelajar ataupun penginap menginap lebih lama. Semua ini bergantung kepada budi bicara pengusaha homestay. Ada dikalangan pengusaha yang tidak berapa kisah menurunkan sedikit harganya dan ada dikalangan pengusaha yang sukar menurunkan harga dek kerana kos yang terpaksa ditanggung. Walaubagaimanapun bagi saya, apa salahnya...tentu ia amat mengembirakan pelanggan kita.
Ketiga ialah lokasi terletaknya homestay, prioritinya ialah apa tujuan sebenar anda menginap dan adakah tujuan tujuan lain yang dirasakan sebab anda menginap. Kebanyakan penginap di homestay saya datang ke Kelantan bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan di satu satu tempat. Walaubagaimanapun mereka tidak bercadang untuk menginap dekat dengan tempat majlis tersebut. Mereka ingin menginap berhampiran dengan tempat tujuan kedua mereka.
Sebagai contoh mereka ingin ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh, maka sudah pasti tempat penginapan mereka di kawasan sekitarnya, bukan dekat dengan majlis perkahwinan. Bagi mereka majlis itu hanya sekali pergi sahaja, Wakaf Che Yeh ini lebih menarik dan mengujakan.
Seterusnya, jika sudah dapat homestay yang diidamkan, maka telefon dan bertanyakan kekosongan pada tarikh tersebut. Selalunya jika hari cuti umum atau cuti sekolah, umum mengetahui tempahan yang harus dilakukan selewat lewatnya 2 bulan sebelum menginap.
Awalnya.....memang begitulah, jika menempah sebulan awal, ada dua jika rezeki adalah kekosongannya. Apatah lagi jika beberapa hari sebelum hari tersebut, maka lagilah tidak ada kekosongan, kecuali sudah rezeki anda.
Maka rancang perjalanan anda sebaik baiknya, jangan lupa tempah awal jika tidak amat sukar untuk anda menginap di homestay yang dekat, kawasan bandar dan yang menjadi pilihan anda. Tentu anda rasa tidak berbaloi untuk tinggal jauh dari lokasi pilihan anda.
Faktor yang terakhir ialah infrakstruktur dalaman homestay yang anda ingin duduki. Pastikan anda membaca maklumat yang tertera di dalam blog atau laman web homestay tersebut. Apa yang hendak diteliti.....banyak perkara. Sebagai contoh, bilangan biliknya, bilangan air cond, kemudahan di dapurnya serta fasilitinya yang lain.
Mengapa ianya begitu penting? Amat amat penting, saya pernah menghuni sebuah homestay di Kuala Terengganu. Dek kerana kurangnya ilmu tentang homestay, sayapun memilih homestay yang ada diiklankan dalam sebuah blog. Tanpa melihat maklumat dengan teliti, saya membuat penempahan. Amat malang sekali, homestay tersebut tidak menyediakan kemudahan alat penghawa dingin. Malamnya, kami tidur dengan berpeluh dan keesokkannya kami keluar awal dan balik ke rumah.
Malahan kami tidak bercadang untuk singgah menginap semula di homestay tersebut, malah tidak terfikir untuk mengesyorkannya kepada keluarga kami. Moral valuenya ialah, kita mesti berhati hati dan tidak semua pengusaha yangsanggup menerangkannya secara terperinci. Walau kadar sewaannya murah, tetapi kami tidak sanggup berpeluh sepanjang malam menginap didalamnya. Sebagai pengusaha homestay, jika anda ingin serius dalam bisnes ini, pasanglah air cond. Jangan kedekut mengeluarkan sedikit modal dan percayalah homestay anda akan selalu dikunjungi penginap.
Itu sahaja dari saya untuk kali ini dan amat berharap anda boleh menggunakan sedikit sebanyak maklumat yang diberikan sebagai panduan untuk anda memilih homestay.
Manusia dianggap bertuah jika mereka dapat berkembang maju lebih pantas dan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding orang lain. Sekian.
zunianti
freelance blogger
www.juaramasak.com
www.homestaysalihin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment