Assalamualikum...bersua kita kembali dalam Tips Mudah Homestay, saya Zunianti juga pemilik dan pengusaha homestay. Menjadikan kediaman anda sebagai tempat penginapan para pelancongan sebenarnya tugasannya tidaklah begitu sukar dan membebankan. Asalkan anda minat mengemas,.....takkan semudah itu?
Benar jika anda senang melihat sesuatu itu kelihatan kemas dan teratur, sudah pasti anda berupaya menjadikan bisnes homestay ini sebagai pendapatan sampingan pada awalnya dan menjadi pendapatan tetap akhirnya.
Saya terjerumus dalam perniagaan ini, sebenarya secara tidak langsung. Malahan saya tidak pernah banyak berfikir jika bisnes ini tidak laris, jika bisnes ini tidak maju. Apa yang saya fikirkan, mengapa tidak, jika berjaya sekurang kurangnya berupaya menampung perbelanjaan bulanan saya.
Maka, saya teruskan juga. Pada awalnya, selama 6 bulan berturut turut, homestay saya tidak dikunjungi oleh penginap, kalau adapun sebulan sekali. Ini menyebabkan saya berfikir, mengapa terjadinya begitu. Apa kesilapan yang saya lakukan dan apa usaha yang tidak saya lakukan.
Habis puas berfikir, saya teringatkan blog homestay yang saya tulis. Saya tidak pernah up date selama berbulan bulan. Saya cipta blog tersebut dan saya tinggalkannya. Sayapun up date setiap hari, tidak sukarpun hanya tambah foto, tukar tulisan dan tambah info. Itu sahaja yang saya lakukan. Selepas setiap hari saya up date kannya. Saya dapati setiap hujung minggu, hari cuti sudah pasti akan ada bakal penginap yang menelefon untuk menginap.
Apabila saya tanya tahu berkenaan homestay ini dari mana, mereka kata melalui internet. Maka saya membuat jangkauan, sebenarnya bukan homestay kita tidak laris, tetapi kita kurang mempromosikannya melalui kemudahan di alam maya. Saya membuat kesimpulan sesungguhnya untuk berbisnes pada keadaan di zaman ini, memang amat perlu dan wajib kita melakukan promosi dalam internet. Susahpun kita mesti belajar, jika tidak kita akan jauh ketinggalan.
Kita ke topik kita pada kali ini, berkenaan pentingnya kita meningkatkan kredibilliti homestay kita, dengan cara melakukan usahasama. Maknanya amat perlu sekali kita menjalinkan hubungan atau link dengan homestay homestay dipersekitaran dengan homestay kita.
Mengapa perlunya hal demikian, kerana amat kerap sekali penginap datang dalam jumlah yang ramai. Kadangkala mereka memerlukan menginap di dua buah homestay sekaligus, kecuali anda memiliki lebih dari sebuah homestay.
Kita boleh membantu penginap dengan turut mempromosikan homestay disekitarnya dengan cara menghubungi sendiri pemilik homestay itu ataupun memberikan nombor telefonnya. Perhubungan dua hala ini, mewujudkan satu urusniaga yang baik. Sikap saling bantu membantu, bekerjasama dalam meningkatkan kredibiliti homestay masing masing akan mewujudkan perhubungan silaturahim yang erat.
Maka dengan perhubungan tersebut, sama sama pemilik homestay akan berhubungan di antara satu sama lain serta menwujudkan sikap ingin mengetahui, maka akan berlaku perkongsian ilmu berkenaan dengan homestay serta tips tips yang berguna dalam memajukan bisnes homestay.
Disebabkan sudah wujud sikap bekerjasama akan berlakunya percambahan idea. Masing masing berupaya untuk menaik taraf perkhidmatan homestay. Masing masing berkongsi tips atau cara untuk melariskan lagi kunjungan penginap ke homestay. Ilmu tersebut amat sukar didapati melalui bacaan, ia diperolehi melalui pengalaman secara langsung.
Harga sewaan homestay boleh diselaraskan dia antara homestay. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada nilai perkhidmatan yang diberikan. Dan amat wajib sekali pengusaha homestay mengetahui apa sebenarnya kehendak penginap, apa keperluannya dan mengapa homestay kita tidak menjadi tumpuan penginap. Semua ini boleh kita ketahui dengan cara berhubung di antara pengusaha pengusaha homestay, selain daripada menyediakan borang maklumbalas.
Apabila berlakunya usaha sama yang jitu dan erat di antara pengusaha pengusaha homestay, maka secara tidak langsung kawasan kita akan menjadi tempat tumpuan penginapan yang popular. Apatah lagi jika kawasan kita dekat dengan tempat tempat yang menjadi tumpuan utama. Maka pastikan siapakah pengusaha pengusaha lain yang menjalankan bisnes yang sama dengan kita di kawasan kita. Jalinkan hubungan dengannya. Eratkan silaturahim. Sekian.
zunianti
freelance blogger
www.juaramasak.com
www.homestaysalihin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment