Monday, April 18, 2016

Homestay dan Pengurusannya

Assalamualaikum.....bersua kembali kita  dalam Tips Mudah Homestay. Menguruskan bisnes sebenarnya tidaklah sesukar yang digambarkan. Walaubagaimanapun jika kita tidak mengetahui apakah ciri ciri pengurusan yang betul, sudah tentu akan menghasilkan sesuatu yang agak sukar.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca mengapa pengurusan bisnes kita agak lemah dan tidak bermaya. Salah satunya ialah pemilihan lokasi homestay yang kurang mendapat sambutan. Mungkin pada andaian pengusaha homestay di mana manapun boleh buat bisnes ini. Sebenarnya apa jua bisnes yang kita jalankan, faktor orang ramai itu amatlah penting.

Sebagai contoh bisnes kedai makan, sudah tentu tempat tumpuan orang ramai, maka di situlah lokasi kita. Begitu juga dengan lokasi homestay. Pastikan kewujudan homestay kita ialah di kawasan yang ramai orang atau bandar, ada sesuatu yang menarik disitu seperti tempat shopping, tempat peranginan atau sejarah serta pusat pengajian tinggi.

Maka. homestay di kampung kampung tak lakulah ya, bagi saya kurang sedikit kecuali homestay kita memiliki keunikannya yang tersendiri iaitu berada di tepi sungai, berkonsepkan warisan tradisional, mempunyai muzium mini ataupun juga merupakan pusat menternak madu kelulut.


Selain dari lokasi, masalah parking juga perlu dititikberatkan. Masalah parking selalunya timbul jika homestay kita berada di apartment ataupun kawasan perumahan teres. Disebabkan itulah rumah banglo sebuah dengan persekitaran luas yang menjadi pilihan penginap.

Kurang selamat dan terlalu bising juga menjadi punca mengapa homestay kita tidak menjadi pilihan penginap. Bising maknanya homestay kita berada berdekatan dengan pasar atau pusat  membeli belah atau berada dekat dengan jalan besar iaitu tempat laluan utama atau berada tempat tumpuan kaki kaki lepak.

Promosi dan pengiklanan yang lemah dan agak lembab juga punca utama mengapa homestay kita jarang dikunjungi penginap. Umum mengetahui bahawa penginap hampir 98% adalah mereka yang datang dari segenap pelusuk tanah aiar. Maka agak mustahil kita mahu dapatkan penginap hanya dengan cara melakukan promosi sekitar kampung kita sahaja.

Tidak lain tidak bukan promosi melalui media sosial agak penting pada zaman ini. Hasilkan blog atau web dan itu yang terbaik. Elakkan dari terlalu kerap mempromosikannya melalui fb ataupun twitter sebabnya selalunya penginap akan search sendiri melalui google jika mereka berkehendakkan penginapan. Pastikan kita sentiasa up date kannya, supaya SEO boleh meletakkan blog kita ke muka hadapan. Tentang cara mempromosikan blog atau laman web, akan saya kongsikan pada siri yang akan datang.

Masalah peribadi pengusaha homestay juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya. Tidak boleh membezakan perniagaan dan peribadi serta pengurusan selepas penginap check out akibat keletihan juga salah satu punca. Dengan kata ringkasnya tidak istiqamah dalam bisnes ini.

Akhir sekali yang tidak kurang pentingnya adalah pengusaha kurang peka akan kehendak penginap. Selalunya pengusaha lebih mementingkan keuntungan di pihaknya dari keselesaan atau kehendak penginap. Salah satu infrastruktur yang perlu ada di dalam homestay ialah alat pendingin hawa dan juga pemanas air untuk baby. Paling paling tidak wajib ada walaupun untuk satu bilik. Jika tidak sudah pasti kita tidak dapat bersaing dengan homestay yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Tips akhir kata ialah saya mesti cemerlang dari segi apa jua perkara yang dilakukan supaya mendapat perolehan wang yang diperlukan bagi mencapai matlamat kewangan yang diperlukan. Sekian.

zunianti
freelance blogger

Friday, April 15, 2016

PERANGAI MAJORITI PENGINAP HOMESTAY, AWAS!!

Assalamualikum......bersua kembali dalam Tips Mudah Homestay. Sebegitu mudah menguruskan homestay anda? Tidaklah semudah yang disangkakan sebenarnya, walaubagaimanapun ianya akan menjadi lebih mudah jikalau kita punya tips tentang feel perangai atau paling mudah ialah jenis jenis penginap yang bakal menjadi penghuni homestay kita.

Seram bunyinya, hakikat yang sebenar terdapat pelbagai jenis penginap. Secara keseluruhannya hanya ada dua kategori iaitu penginap berdisplin dan pegang pada janji dan penginap tidak berdisplin dan tidak pegang pada janji.

Kita huraikan dahulu bagaimana agaknya ciri ciri penginap tidak berdisplin dan tidak berpegang pada janji.  Seringkali terdapat penginap yang cuba melewat lewatkan check out nya. Ini memang masalah besar kepada pengusaha homestay. Apatah lagi jika sejurus selepasnya ada penginap lain yang mahu check in. Ada juga yang sengaja melewat lewatkannya.

Sebagai pengusaha homestay yang berkaliber dan sedaya upaya meminimakan apa jua masalah yang dihadapi, pertama sekali apa yang harus kita lakukan ingatkan penginap masa check outnya, cuba memahamkan penginap bahawa waktu sekian dan sekian ada penginap lain yang mahu check in dan yang lebih tegas lagi tetapi dengan nada yang lembut, nyatakan cas yang terpaksa dikenakan di atas kelewatan tersebut.

Ke semua pernyataan terma dan syarat di atas amat perlu penginap fahami. Sejujurnya jika kita berterus terang dengan penginap, mereka pasti akan faham dan mengambil langkah segera check out dan tidak melengah lengahkannya. Ketegasan itu perlu ada.

Terdapat juga penginap yang terambil barang bukan ambil tetapi terambil. Penyelesaiannya ada dua, pertama hindari dari meletakkan apa jua barangan yang berpotensi untuk diambil sebagai contoh tuala, segala perhiasan, ubat gigi, wire extansion, plug 3 pin, perfume dan sebagainya.

Cara kedua ialah pastikan kita masuk ke dalam homestay dan membuat tinjauan sepintas lalu sebelum penginap berangkat pergi. Ini sebenarnya untuk kebaikan kita dan penginap itu sendiri, manalah tahu dia sendiri ada tertinggal barang. Oleh itu sebagai penginap jangan membuat tafsiran yang salah, kita ingin menyenangkan kedua dua belah pihak.

Seterusnya penginap yang tidak menjaga kebersihan rumah. Ini masalah yang sukar diselesaikan, walaupun pengusaha menampal poster kebersihan sekalipun, masalah ini tetap berulang. Paling nyata ialah membuang pampers merata rata, puntung dan habuk rokok di sana sini, cadar kotor samaada tumpahan susu atau apa apa ajer, pinggan mangkuk yang tidak berbasuh, air basuhan kain yang melimpah ke lantai, peti yang comot dan bermacam lagi kekotoran.

Walaubagaimanapun percayalah 98% penginap adalah seorang yang mampu mengawal segala aktiviti mereka dan dapat menjaga kebersihan homestay kita dengan baiknya. Malahan ada di kalangan penginap yang bersusah payah menyapu lantai, mengelap serta mengambil inisiatif buang sampah yang mereka gunakan. Alhamdulillah kalau kita dapat penginap seperti ini. Maka jangan putus asa berdoalah agar selalu dikunjungi penginap sebegini.

Penginap yang meletakkan harapan yang tinggi, macamana penginap jenis ini. Umum mengetahui bagaimana fasiliti homestay sebenarnya berkonsepkan sederhana tetapi lengkap. Maksudnya homestay tidak boleh disamakan dengan hotel bertaraf 5 bintang. Segala yang disediakan adalah berupa sederhana sahaja. Ada di kalangan penginap yang dah sampai di pintu pagar, tetapi boleh membuat keputusan untuk membatalkan penginapan, walau mereka dahpun bayar deposit.

Kadang kadang tak masuk akal, tetapi terima ajer. Sebenarnya adalah tidak salah jika kita sebagai pengusaha memujuk penginap masuk ke dalam dulu, lihat keadaan di dalam homestay kita dan kemudian biarkan penginap buat keputusan sendiri. Saya rasa penginap pasti ubah fikiran apabila melihatnya, 'Don't judge the book by it's cover'. Itu poinnya, kita sebagai ahli perniagaan harus pandai memujuk. Lagipun tak salahkan?

Penginap yang kreatif, maksudnya dengan sendiri atau pandai pandai menyusun atur semula perabot mengikut kehendaknya ataupun dengan bahasa mudah macam rumah dia. Selalunya yang menjadi mangsa sama ada tilam, katil, tempat sangkut baju ataupun kerusi/sofa. Kadang kala keadaan ini memang memenatkan terutamanya hendak mengemas balik. Masalah akan menjadi lebih serius jika menyebabkan jubin rosak atau pecah kerana perabot diangkat ke sana ke mari.

Bagi meminimakan masalah ini, apa yang boleh kita lakukan ialah cara pertama dengan mengambil wang deposit keselamatan. Maknanya jika berlaku apa apa sejurus penginap hendak check out, sebelum mereka angkat kaki lakukan tinjauan ke dalam homestay kita. Jika tiada kerosakan wang deposit keselamatan akan dikembalikan, jika tidak ia tidak akan dipulangkan, malahan pengusaha berhak menuntut bayaran lebih lagi, jika kerosakan yang lebih besar berlaku.

Mungkin akan wujud pelbagai tanggapan dari penginap, tetapi percayalah sebagai pengusaha adalah  hak kita untuk memastikan keadaan homestay adalah baik baik sahaja. Dan hak penginap untuk memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawabnya jika berlaku sebarang kerosakan dia perlu membayarnya.


Saya pernah mendapat tempahan daripada penginap yang pada awalnya ingin menginap hanya 10 orang sahaja, iaitu 3 buah kereta. Tetapi apa yang berlaku adalah tidak demikian, yang datang seramai 24 orang, melibatkan 6 buah kereta. Sebagai pengusaha homestay apa tindakan yang harus dikatakan, takkan nak halau pulak mereka atau mencadangkan penginapan yang lain.

Ini dikatakan di luar dari jangkaan kita, untuk mengurangkan masalah ini sebaik baiknya, nyatakan dengan jelas dan terperinci maksima penginap yang sanggup kita terima. Maknanya kita hanya memiliki kemudahan sebagaimana dengan bilangan itu sahaja, jika penginap datang dalam jumlah yang lebih besar, itu sudah tidak menjadi tanggungjawab kita lagi. Nyatakan dengan penuh berhemah, sebenarnya kita tidak kisah, cuma takut penginap berasa tidak selesa. Jika mereka kata tidak menjadi masalah, apa yang boleh kita katakan, terpaksa terimalah.  

Waaubagaimanapun untuk memuaskan hati kedua dua pihak, adalah tidak salah jika kita mengenakan sedikit cas tambahan yang tidak membebankan mana mana pihak berdasarkan cas per head. Ini juga salah satu cara mengajar penginap supaya bersikap amanah dan tidak mengambil ringan dan semata mata memikirkan di sebelah pihaknya sahaja.

Akhir sekali dari saya sedikit tips, laksanakan tanggungjawab kita bukan hanya sekadar tugas tetapi membawa nilai kepada tugasan itu. Walaupun tugas itu sukar, teruskan jua. Di akhir tugasan itu, pasti akan mendatangkan keseronokkan dalam hidup kita.Sekian

zunianti
freelanceblogger

Tuesday, April 12, 2016

CARA UNTUK MEMPROMOSIKAN HOMESTAY SUPAYA BOOM

Assalamualaikum, bersua lagi kita dalam Tips Mudah Homestay. Jika sebelum ini saya membicarakan tentang Penjenamaan semula Homestay dan pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana mempromosikan homestay kita.

Pada zaman siber dan segala maklumat adalah dihujung tangan. Maka tidak dapat tidak, mempunyai ilmu dalam bidang teknologi siber dan di alam maya adalah satu kelebihan kepada pengusaha homestay.

Secara ironinya, umum mengetahui terdapat banyak kelebihan mempromosikan melalui internet. Kita boleh menggunakan blog, laman web ataupun media media sosial yang lain. Mengapa ianya menjadi begitu penting. Untuk pengetahuan pembaca, 98% penginap homestay datang dari mereka yang tinggal jauh dari tempat kita. Bagaimana info berkenaan dengan homestay kita, dapat diketahui oleh mereka, jika kita tidak menggunakan internet sebagai medium untuk mempromosikannya.

Jika ianya suatu bebanan, kita boleh menggunakan khidmat pakar untuk menghasilkan blog atau laman web yang sedikit canggih tapi masih mampu memaparkan kelebihan homestay kita. Mempromosikan homestay bukan sekadar menyiapkan blog atau web itu, ada lagi kerja yang harus kita lakukan, iaitu sekerap mungkin sentiasa up datekan blog kita.

Up date tidak bermakna mesti postkan aktiviti apa yang berlaku, hanya sekadar tukar gambar, tambah maklumat, delete maklumat dan kerja kerja ringan yang lain. Mengapa perlu lakukan demikian, amat perlu kerana dengan ini Search Engine Optimize (SEO), boleh letakkan blog atau web kita di mukasurat hadapan skrin. Itulah pentingnya sentiasa memperbaharui blog atau web kita.

SEO adalah enjin dan ia gemar kepada blog atau web yang aktif, semakin aktif maka semakin kehadapan blog/web kita. Jika tidak blog/web kita akan ke entah berapa muka suratnya. Apabila duduk di belakang, penginap mahu search, tidak adapun blog/web kita. Google atau syarikat yang lain menjadikan SEO sebagai salah satu cara mencari mana mana blog atau web yang aktif secara automatik, semakin aktif blog atau web itu, maka semakin banyak mereka dapat duit, itu kuncinya.

Di dalam blog atau web tersebut, segala maklumat tentang homestay kita harus dinyatakan dengan terperinci. Gunakan gambar yang menarik, terang serta mencakupi keseluruhan homestay kita di luar dan dalam homestay. Maklumat yang jelas dan tidak menipu adalah bukti kita ikhlas dan menyediakan seadanya yang terbaik.

Gambar yang menarik boleh dihasilkan dengan cara mengeditkan, gunakan pixlr.com untuk menghasilkan gambar yang terang dan structure yang jelas. Nampak susah dan banyak kerjakan...walaubagaimana jika kita jenis yang memang minat akan hal hal seperti ini, ini tidak mendatangkan banyak masalah malahan menyeronokkan.

Akhirkata dari saya, Orang yang berjaya adalah orang yang terbentuk daripada 'Sikap Pengharapan Jati Diri' dalam diri mereka. Mereka berharap akan memperolehi kejayaan berbanding kegagalan. Sekian.

zunianti
freelanceblogger

Monday, April 11, 2016

CANTIKKAN HOMESTAY ANDA UNTUK PENJENAMAAN SEMULA

Assalamualikum dan bersua kembali kita kali ini dalam Tips Mudah Homestay. Mengapa agaknya ia dipanggil sebegitu mudah. Mudah akan berlaku jika apa yang kita lakukan, lakukannya dengan penuh keseronokkan. Melakukan bisnes ini sebenarnya tidaklah sesukar yang digambarkan apabila minat penuh menguasai diri.

Terdapat pelbagai jenis dan cara bagaimana manusia menyalurkan minatnya. Pada awalnya menceburi bisnes ini, asalnya adalah hanya untuk mencuba sahaja. Ia tidak menjadi beban kepada saya kerana saya memang suka mengemas dan gemar melihat sesuatu itu dalam keadaan kemas, menarik dan teratur.


Malahan minat ini telah dizahirkan ketika saya umur kanak kanak. Saya memang suka mengemas, malahan saya selalu membantu ibu dalam menghias rumah di kala menjelangnya Syawal. Agaknya minat yang telah dipupuk semenjak kanak kanak, itulah apa yang akan dilakukan apabila kita menjadi dewasa.

Jika anda bukan tergolong dalam kategori ini, maknanya anda sukar menyelami unik dan indahnya bisnes ini. Satu lagi ciri ciri utama ialah ramah tamah dalam pergaulan. Saya bukannya jenis bercakap banyak, tetapi apabila bercakap saya amat menghormati pandangan dan orang lain. Saya boleh melayan orang dengan sopan dan tertib. Agaknya ini adalah salah satu ciri ciri pengusaha homestay yang berjaya.

Dalam menjadikan bisnes kita suatu empayar yang besar dan terkenal, ironinya amat pasti yang harus kita lakukan ialah menjenamakan semula bisnes homestay kita, dengan cara mencipta satu logo yang menarik dan simple sahaja. Tidak perlu warna dan tulisan yang banyak. Lebih baik jika sedikit tulisan dan satu objek.
Jangan lupa masukkan cogankata bisnes homestay kita. Penjenamaan secara ini, menunjukkan akan seriusnya kita dalam bidang ini dan secara tidak langsung mengiklankan bisnes ini kepada masyarakat. Logo yang simple serta cogankata yang ringkas, sudah pasti mudah diingati dan disimpan ke dalam minda bawah sedar penginap. Malahan ia mengangkat lagi kredibiliti bisnes kita.


Logo ini boleh digunakan dalam banyak kegunaan, pertama sekali kita gunakan di kad nama, dalam blog atau laman web, dalam laman sosial seperti fb, twitter dan instagram. Logo ini juga boleh digunakan sebagai foto profil wasap, foto profile google, foto profil email.

Menarik bukan, malahan boleh digunakan dengan lebih meluas di dalam brosur promosi, di kepala surat menyurat. Di setiap borang borang yang dilampirkan seperti borang maklum balas dan borang borang yang lain. Yang lebih menarik lagi berupaya digunakan di atas banner atau signboard homestay kita.

Selain ito, logo juga boleh digunakan di dalam lampiran Informasi Pelancongan. Informasi pelancongan adalah maklumat yang berkaitan dengan apa yang ada di sekitar homestay kita. Bukannya tempat membeli belah atau tempat peranginan, tetapi apa yang boleh penginap penuhi keperluannya di sekitarnya.

Sebagai contoh lampirkan peta di sekitar homestay kita, maksud saya apa yang ada disekitarnya. Mungkin restoran, kedai kopi, hair cut, workshop, mesin atm, kedai runcit, salon, top up, stesen minyak dan sebagai. Petakannya secara terperinci dan jelas, dan jangan lupa, letak logo kita di atasnya. Informasi seperti ini amat perlu, kerana tidak semua penginap tahu apa yang ada disekitar homestay kita. Maka ringankan tangan melakukan dan menyiapkannya. Sekurang kurangnya meningkatkan lagi imej serta kredibiliti homestay kita di mata penginap.

Sebetulnya, saya masih tidak pasti apa yang sebenarnya yang saya betul betul mahu lakukan. Tetapi apa yang saya sedar adalah apabila kita fokus pada perkara yang kita suka, sekalipun belum jelas bagaimana mahu membuat wang, kita menjadi semakin berjaya. Selamat berjaya, sekian.


zunianti
freelanceblogger

Sunday, April 10, 2016

MAKLUM BALAS POSITIF PENGHUNI BOLEH LARISKAN HOMESTAY KITA

Assalamualaikum....bersua kembali kita, tetapi pada kali ini ingin saya ingin menarik perhatian anda, ada kalanya kita syok sendiri. Ehh, kenapa pulak. Ialah...kita tak pernahpun tahu adakah bekas penginap homestay kita puas hati akan perkhidmatan yang diberi.

Maklum balas dan komen penginap adalah sesuatu yang harus dipandang serius dan saya amat percaya 99% akan memberi komen yang membina. Tanpa mengetahui kelemahan, sudah pasti kita sukar untuk maju dan sudah tentu kita punya impian untuk menghasilkan yang terbaik.

Komen dan kritikan dari penginap adalah luahan rasa dan cetusan keinginan apa yang mereka mahukan, adakah tidur mereka nyenyak seperti gambar di sebelah ataupun sebaliknya.

Selain dari kritikan, tidak juga banyaknya yang memberikan komen positif. Walau kadangkala komen positif tidak mampu membaiki apa kelemahan kita, tetapi sekurang kurangnya dapat memberi kita semangat untuk meneruskan bisnes ini.

Dan yang paling penting sejurus kita menerima maklum balas penginap, apa yang tidak kena dengan homestay kita, sudah pasti kita dengan cepat cepat mengambil inisiatif memperbetulkannya.

Pernah suatu ketika, penginap memberikan maklumbalas menyatakan wire extansion saya tidak berfungsi, serta merta saya menukarkannya. Saya amat berterimakasih terhadap penginap tersebut kerana mengkhabarkan saya tentang keadaan tersebut.

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumbalas seperti
secara penulisan ataupun melalui
perbualan. Walaubagaimana saya lebih gemar melakukannya melalui borang penulisan. Melaluinya kita boleh menyenaraikan apa kategori yang kita ingin penginap berikan maklumbalas. Malahan penginap amat suka jika pandangan atau komen mereka diberi penghargaan.

Terdapat beberapa teknik soalan yang boleh digunakan untuk mengetahui maklumbalas penginap. Soalan yang diberikan haruslah ringkas, dijawab dalam bentuk yang ringkas samada menggunakan skala ya/tidak ataupun menggunakan skala nombor 1 hingga 5. Untuk pengetahuan umum, soalan dan jawapan yang ringkas amat perlu kerana penginap tidak mempunyai cukup masa untuk membaca dan mengarang jawapan berjela jela.

Contoh borang maklumbalas boleh dilihat disebelah, dan jangan lupa letak logo homestay anda disitu, supaya kelihatan lebih profesional. Sediakan juga fail keras dan pen untuk menanda. Borang maklumbalas berkenaan hendaklah dicetak dan maklumkan kepada penginap supaya mengisi borang tersebut sebelum mereka check out, mereka dengan senang hati melakukannya. Simpan maklumbalas tersebut dalam satu fail dan yang mana memberikan komen komen membina, sedaya upaya cuba memperbaikinya. Jika belum lagi mampu, bercita citalah untuk memperbaikinya.

Saya berharap perkongsian tentang ini, boleh membantu kita setidak tidaknya untuk melihat bisnes ini maju, Insya Allah.

Sedikit motivasi dari saya, apabila kita menceburi bidang baru dalam kerjaya ataupun perniagaan, kita perlu yakin pada 'harapan' demi mencapai kejayaan. Kita harus yakin, pasti bisnes ini akan berjaya. Sikap mengharap seperti ini, akan menarik 'aura' diri kita dan dengan sendirinya dapat mempengaruhi setiap orang yang berurusan dengan kita sepanjang hari. Sekian.


zunianti
freelanceblogger















Saturday, April 9, 2016

JOM BUAT DUIT DENGAN BISNES HOMESTAY BERBALOI BALOI

Assalamualaikum, berbicara kita lagi kali ini dalam Tips Mudah Homestay. Kali ini kita akan membicarakan tentang Buat Duit dengan Bisnes Homestay.

Apabila berbicara tentang homestay, ia adalah sesuatu yang mengujakan buat diri saya. Pada awalnya, saya merasakan bisnes ini sekadar ingin mencuba sahaja dan itu pada asalnya. Dengan alasan, daripada membiarkan rumah begitu sahaja lebih baik buat homestay.

Selama 6 bulan berturut turut, homestay saya tanpa penghuni, kalau adapun sebulan sekali. Saya buntu memikirkan mengapa berlaku sedemikian, apa silap saya dan apa harus saya lakukan supaya ramai orang tahu perkhidmatan saya ini.

Dari sehari ke sehari, saya berfikir dan cuba mencari penyelesaiannya. Kadang kadang terasa malu kepada keluarga akan keadaan ini, tetapi saya tidak patah semangat, pasti saya akan jumpa kuncinya. Pada satu ketika, saya teringatkan laman blog yang saya cipta khusus untuk memasarkan atau mengiklankan homestay saya. Saya cuma update gambar, tukar font dan up date sikit sikit. Selang beberapa waktu saya mendapat panggilan dari penginap.

Sehingga ke hari ini saya sentiasa up datekan blog saya. Saya sentiasa menyediakan gambar gambar yang terkini akan keadaan homestay saya. Rupa rupanya inilah kuncinya, sentiasa melakukan yang baru, agar SEO sentiasa mengangkat web atau blog kita ke laman kehadapan.

Tidaklah sesukar yang digambarkan dan sudah pasti selepas jumpa kuncinya, saya sentiasa menerima panggilan dari bakal penginap. Jika hari tersebut jatuh hari cuti umum atau cuti sekolah, pasti seawal 2 bulan sebelum itupun, sudah ada bakal penginap.

Walaubagaimanapun terdapat tiga kunci utama dalam melariskan homestay kita pertama Promosi, Lokasi dan Kemudahan di dalamnya. Promosi melalui internet, wajib dilakukan. Jika terasa sukar, kita upah sahaja dengan mereka yang mahir. Sebabnya...ramai penginap datang dari segenap pelusuk negeri. Jadi amat tidak munasabah untuk mempromosikannya hanya di sekitar homestay kita sahaja. Maka, jika belum melakukannya melalui media sosial lakukannya.

Bagi saya adalah lebih baik mempromosikannya melalui laman web atau blog daripada melalui fb, twitter atau wechat. Kerana penginap selalunya bukan rakan fb kita dan bukan datang dari saudara mara kita, tetapi datang dari mereka yang kita tidak kenal. Maka sentiasa up date laman web anda.

Kedua ialah lokasi homestay anda. Ini juga tidak kurang pentingnya. Jangan harap penginap akan menginap di homestay anda, sedangkan tiada apa apa istimewanya di kawasan sekitar homestay anda. Selalunya homestay yang menjadi pilihan ialah yang berdekatan dengan pusat peranginan, pusat membeli belah dan pusat bandar. Jika anda ada rumah kosong di kawasan tersebut, maka apa tunggu lagi binalah homestay. Tetapi dengan syarat, wajib promosi melalui internet. Jika tidak homestay anda akan menjadi homestay tidak berpenghuni.

Ketiga ialah kemudahan yang disediakan di dalamnya. Umum mengetahui selain dari lokasi, kemudahan di dalamnya juga bakal menarik penginap untuk menginap di homestay anda, apatah lagi sewaannya berbaloi baloi. Yang paling penting adanya alat penghawa dingin, sekurang kurangnya bilik utama dilengkapi dengan kemudahan ini, jika anada tidak mampu.

Lebih baik jika semua bilik dilengkapi dengan kemudahan alat penghawa dingin, dan percayalah homestay anda pasti akan dikunjungi bakal penginap ditambah lagi dengan kedudukan yang  strategik serta anda sentiasa mempromosikannya. Memang boleh buat duit. Sekian sahaja dari saya, jangan putus asa dan sentiasa fikirkan untuk memberi yang terbaik kepada customer kita.


zunianti
freelanceblogger







Friday, April 8, 2016

JADIKAN HOMESTAY ANDA PILIHAN UTAMA PELANGGAN

Assalamualaikum dan bertemu kita dalam Tips Mudah Homestay. Pada kali ini kita akan berilmu tentang Bagaimanakah Homestay Pilihan Anda?

Memilih homestay untuk diinap sebenarnya bukan perkara yang harus dipandang ringan dan kerapkali juga saya rasa tertipu. Tidak semua maklumat yang benar dibicarakan oleh pengusaha homestay di dalam blog mereka. Tetapi yang pastinya ada dua unsur utama yang harus penginap ambil perhatian iaitu kemudahan penyaman udara dan persekitaran yang sunyi dari gangguan.

Amat malang bagi saya terinap di homestay yang mana keadaan sekitarnya bising, dikawasan homestay itu rupa rupanya adalah tempat pemuda melepak. Mereka membuat bising di situ seawal jam 11 malam hingga 4 pagi. Bayangkan kami tidak dapat tidur sepanjang masa itu. Keesokkannya kami check out.

Terdapat juga homestay yang menyewakan homestaynya secara sewaan bilik bilik. Tetapi pada pandangan saya, konsep homestay itu sudah jauh terpesong, malah saya merasa amat janggal berkongsi dapur dan ruang tamu dengan penghuni homestay yang lain. Memang tak kena pada tempatnya. Bagi penginap jika ingin menginap secara selesa, maka pilihlah homestay yang menyediakan sewaan penuh sebuah rumah untuk keselesaan kita, walaupun kita terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan.

Terdapat juga pengusaha homestay yang memiliki sebuah rumah, dengan beberapa pintu. Maknanya pengusaha homestay tinggal bersama dengan penginap dalam satu kawasan. Ada sesetengah penginap yang berasa janggal dan merasakan tidak selesa keadaan tersebut. Tetapi bagi pengusaha homestay itu adalah perkara biasa, malahan mereka tidak ambil pusingpun aktiviti apa yang dilakukan oleh penginap, jangan melakukan perkara yang dilarang sudahlah.

Bagi merapatkan lagi hubungan, selalunya pengusaha yang tinggal berdekatan dengan penginap adalah lebih baik servis dan perkhidmatannya malah boleh pantau secara tidak langsung. Mengikut pengalaman kawan saya yang pernah homestaynya disewa oleh sekumpulan remaja bertujuan sebagai tempat mereka melakukan parti liar, memang menakutkan. Lokasi homestaynya yang sedikit tersorok menjadi pilihan remaja menganjurkan aktiviti tidak bermoral seperti ini.

Mujurlah ada jiran yang memaklumkan kepadanya, jika tidak sudah pasti homestaynya tidak lagi boleh beroperasi dan beliau sendiri terjerumus dalam kes kes yang tidak diingini seperti jenayah dan juga dadah.

Terdapat juga pengusaha homestay yang mengambil lebih inisiatif dengan memberikan cenderamata kepada penginap terutamanya sewaktu cuti umum atau cuti sekolah. Cara promosi seperti ini sebenarnya amat jarang jarang dilakukan oleh pengusaha homestay. Maka jika ada pengusaha homestay yang melakukannya, itu satu bonus bagi kita.






Sesetengah pengusaha homestay ada yang menyediakan sarapan pagi samaada secara percuma atau pakej per head dengan harga rendah dan berbaloi baloi. Promosi seperti ini amat jarang jarang dilakukan oleh pengusaha homestay.

Umum mengetahui bahawa amat sukar bagi penginap yang baru tiba atau baru berkunjung di kawasan kita mencari restoran atau kedai makan yang berdekatan. Untuk meringankan bajet kita sebagai pelancong dan untuk melancarkan aktiviti kita, maka promosi sebegini harus diambil pusing.

Terdapat juga sesetengah homestay yang menyediakan tuala dan kemudahan solat seperti sejadah dan telekung. Inipun bagus, sekurang kurangnya kita tidak perlu membawa barang yang banyak. Jika boleh kita ingin safe bonet kita untuk kita penuhkan dengan barangan yang kita beli. Kemudahan yang disediakan seperti ini memudahkan serta meringankan beban kita.

Malahan ada yang mengambil lebih inisiatif dengan menyediakan ubat gigi dan sabun mandi untuk keselesaan kita.



Poin terakhir ambillah sedikit masa kita meneroka dan membuat sedikit penyelidikan tentang homestay yang bakal kita inap supaya kita sekeluarga selesa dan berimpian untuk kembali menghuni lagi. Untuk lebih maklum lagi tanyalah soalan kepada pengusaha homestay supaya kita lebih maklum dan tidak membuat andaian yang bukan bukan. Dan percayalah ramai pengusaha homestay yang sanggup menerima anda dan tidak kurang banyaknya yang sanggup menyediakan yang terbaik untuk anda sekeluarga. Sekian.


zunianti
freelanceblogger







BIJAK MENGURUS MELARISKAN LAGI HOMESTAY ANDA

Assalamualaikum, salam jumpa kembali dalam Tips Mudah Homestay. Kali ini kita akan bincang tentang terma dan syarat yang harus dilaksanakan oleh pengusaha homestay yang berjaya, bertujuan untuk memudahkan kedua dua belah pihak.

Ketika membuat penempahan terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan untuk kemudahan bersama. Pertama ialah amat penting untuk bakal penginap mengetahui berapakah bilangan ahli yang akan hadir, ini amat penting kepada pengusaha homestay untuk menyediakan keperluan yang diperlukan seperti extra toto, bantal ataupun tikar. Ini untuk keselesaan bersama, sebagai pengusaha homestay keselesaan penginap sudah tentu menjadi keutamaan kita.

Harga penginapan juga amat penting, terdapat sesetengah pengusaha homestay yang menetapkan sewa penginapan berdasarkan hari kerja, hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Jika di waktu punca seperti cuti sekolah atau cuti umum selalunya harga yang ditetapkan lebih tinggi sedikit. Walaubagaimanapun apa yang saya praktikkan ialah harga yang tetap sepanjang tahun, maknanya saya tidak kira sama ada hari cuti atau hari kerja. Alasannya ialah kadangkala saya sendiri pening memikirkan harga sewaannya dan kadangkala saya sendiri terlupa bahawa itu harga pada hari biasa bukan hari cuti.

Maka untuk selesaikan masalah tersebut, saya ambil konsep "Jangan Terlalu Berkira", maka saya tetapkan harga sewaan homestay tetap sama dan tidak berubah tidak kira sama ada hari bekerja atau cuti umum. Dan amat mengembirakan kerana homestay saya tetap menjadi pilihan pengunjung.

Adakalanya di dalam kalangan penginap yang menawarkan harga kurang sedikit dari yang telah ditetapkan. Bagi saya, pengurangan harga tersebut boleh diambilkira jika bilangan hari mereka menginap memakan masa beberapa hari. Dan selalunya saya tidak  begitu berkira sangat dengan penginap, jika mereka meminta pengurangan tersebut saya dengan senang hati boleh mengurangkannya sedikit.

Harga pembayaran deposit amat penting, pertama sekali kerana apabila di waktu puncak terutamanya pada cuti umum atau cuti sekolah akan berlaku pertindihan booking homestay. Oleh itu, untuk selesaikan masalah, saya dengan serius memang menetapkan syarat ingin menginap mesti bayar deposit dengan segera. Dan saya selalu mengingatkan bakal penginap supaya menyegerakan pembayaran deposit tersebut, sebab apabila berlaku terlalu banyak permintaan,maka amat wajar saya mendahulukan siapa yang awal dan segera.

Setakat ini, 98% penginap saya berjaya menjelaskan deposit dengan cepat dan awal. Malah 2% lagi hanya menyatakan hasrat untuk menginap tetapi tidak serius. Jadi perkara ini adalah lumrah dalam berbisnes, ada dalam satu keadaan kita boleh bertolak ansur dan pada satu keadaan lagi, kita mesti serius.

Pembatalan penginapan oleh bakal penginap pada saat saat akhir iaitu 2 hari sebelum menginap adalah dikira hangus, jika pembatalan dilakukan 2 minggu sebelum menginap, saya akan pulangkan semula deposit tersebut. Tujuannya ialah supaya penginap lebih serius dan tidak sewenang wenangnya menukar penginapan kepada penginapan yang lain. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam berbisnes ada untung dan ada ruginya, cuma dalam bisnes homestay tiada istilah rugi, yang penting lakukan promosi promosi promosi melalui internet, insya Allah adalah penginap.


Wednesday, April 6, 2016

ANDAIKAN ANDA PENGINAP HOMESTAY, APA YANG ANDA INGINKAN

Assalamualikum...dan bersua lagi kita dalam Tips Mudah Homestay. Kali ini kita akan membincangkan tentang Tips untuk penginap memilih homestay yang bersesuaian dengan mereka.

Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah apakah tujuan menginap. Terdapat beberapa sebab seperti mungkin untuk menghadiri majlis perkahwinan, hanya melancong, menghadiri kursus, menghadiri rawatan di hospital ataupun mengendalikan sesuatu program seperti "Program Mencari Ramli". Ini berkaitan dengan bilangan penghuni yang akan menginap.

Jika bilangan penginap ramai di antara 10 hingga 20 orang ataupun lebih, adalah lebih maklum anda mencari homestay yang luas serta memiliki bilik yang banyak. Jika homestay terdapat tidak dapat menampung bilangan penghuni yang ramai, maka anda terpaksa menempah dua buah homestay sekaligus.

Walaubagaimanapun ada sesetengah penginap yang sanggup berasak asak ramai ramai semata mata untuk mengurangkan bajet dan sebagainya. Ini pula bergantung kepada pengusaha homestay. Ada sesetengah pengusaha yang tidak kisah dan boleh menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk menampung bilangan penghuni yang ramai. Tetapi ada juga pengusaha yang terpaksa menghadkan bilangan penginap kerana untuk kepentingan homestaynya dan untuk keselesaan penginap.

Ruang meletak kenderaan juga faktor yang amat penting. Jika homestay yang anda ingin menginap terletak di kawasan perumahan seperti perumahan berteres atau semi D. Dimaklumkan bahawa, parking kereta anda sukar dilakukan. Maka sebagai alternatifnya, jika anda hadir dalam jumlah yang ramai melebihi 2 buah kereta, selalunya homestay di kawasan perkampungan menjadi pilihan yang terbaik. Begitu juga jika apartment atau rumah pangsa juga memiliki ruang parking yang terhad. Maka, buat pilihan terbaik.

Sebab kedua ialah kos sewaan homestay. Sudah menjadi kebiasaan ada sesetengah penginap yang meminta diskaun atau sewaan homestay yang lebih rendah  terutamanya jika penginap itu terdiri dari pelajar ataupun penginap menginap lebih lama. Semua ini bergantung kepada budi bicara pengusaha homestay. Ada dikalangan pengusaha yang tidak berapa kisah menurunkan sedikit harganya dan ada dikalangan pengusaha yang sukar menurunkan harga dek kerana kos yang terpaksa ditanggung. Walaubagaimanapun bagi saya, apa salahnya...tentu ia amat mengembirakan pelanggan kita.

Ketiga ialah lokasi terletaknya homestay, prioritinya ialah apa tujuan sebenar anda menginap dan adakah tujuan tujuan lain yang dirasakan sebab anda menginap. Kebanyakan penginap di homestay saya datang ke Kelantan bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan di satu satu tempat. Walaubagaimanapun mereka tidak bercadang untuk menginap dekat dengan tempat majlis tersebut. Mereka ingin menginap berhampiran dengan tempat tujuan kedua mereka.

Sebagai contoh mereka ingin ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh, maka sudah pasti tempat penginapan  mereka di kawasan sekitarnya, bukan dekat dengan majlis perkahwinan. Bagi mereka majlis itu hanya sekali pergi sahaja, Wakaf Che Yeh ini lebih menarik dan mengujakan.

Seterusnya, jika sudah dapat homestay yang diidamkan, maka telefon dan bertanyakan kekosongan pada tarikh tersebut. Selalunya jika hari cuti umum atau cuti sekolah, umum mengetahui tempahan yang harus dilakukan selewat lewatnya 2 bulan sebelum menginap.

Awalnya.....memang begitulah, jika menempah sebulan awal, ada dua jika rezeki adalah kekosongannya. Apatah lagi jika beberapa hari sebelum hari tersebut, maka lagilah tidak ada kekosongan, kecuali sudah rezeki anda.

Maka rancang perjalanan anda sebaik baiknya, jangan lupa tempah awal jika tidak amat sukar untuk anda menginap di homestay yang dekat, kawasan bandar dan yang menjadi pilihan anda. Tentu anda rasa tidak berbaloi untuk tinggal jauh dari lokasi pilihan anda.

Faktor yang terakhir ialah infrakstruktur dalaman homestay yang anda ingin duduki. Pastikan anda membaca maklumat yang tertera di dalam blog atau laman web homestay tersebut. Apa yang hendak diteliti.....banyak perkara. Sebagai contoh, bilangan biliknya, bilangan air cond, kemudahan di dapurnya serta fasilitinya yang lain.

Mengapa ianya begitu penting? Amat amat penting, saya pernah menghuni sebuah homestay di Kuala Terengganu. Dek kerana kurangnya ilmu tentang homestay, sayapun memilih homestay yang ada diiklankan dalam sebuah blog. Tanpa melihat maklumat dengan teliti, saya membuat penempahan. Amat malang sekali, homestay tersebut tidak menyediakan kemudahan alat penghawa dingin. Malamnya, kami tidur dengan berpeluh dan keesokkannya kami keluar awal dan balik ke rumah.

Malahan kami tidak bercadang untuk singgah menginap semula di homestay tersebut, malah tidak terfikir untuk mengesyorkannya kepada keluarga kami. Moral valuenya ialah, kita mesti berhati hati dan tidak semua pengusaha yangsanggup menerangkannya secara terperinci. Walau kadar sewaannya murah, tetapi kami tidak sanggup berpeluh sepanjang malam menginap didalamnya. Sebagai pengusaha homestay, jika anda ingin serius dalam bisnes ini, pasanglah air cond. Jangan kedekut mengeluarkan sedikit modal dan percayalah homestay anda akan selalu dikunjungi penginap.

Itu sahaja dari saya untuk kali ini dan amat berharap anda boleh menggunakan sedikit sebanyak maklumat yang diberikan sebagai panduan untuk anda memilih homestay.

Manusia dianggap bertuah jika mereka dapat berkembang maju lebih pantas dan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding orang lain. Sekian.

zunianti
freelance blogger
www.juaramasak.com
www.homestaysalihin.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2016

CARA MENAWAN HATI CUSTOMER SUPAYA MENGINAP DI HOMESTAY ANDA

Assalamualikum...bersua kita kembali dalam Tips Mudah Homestay, saya Zunianti juga pemilik dan pengusaha homestay. Menjadikan kediaman anda sebagai tempat penginapan para pelancongan sebenarnya tugasannya tidaklah begitu sukar dan membebankan. Asalkan anda minat mengemas,.....takkan semudah itu?

Benar jika anda senang melihat sesuatu itu kelihatan kemas dan teratur, sudah pasti anda berupaya menjadikan bisnes homestay ini sebagai pendapatan sampingan pada awalnya dan menjadi pendapatan tetap akhirnya.

Saya terjerumus dalam perniagaan ini, sebenarya secara tidak langsung. Malahan saya tidak pernah banyak berfikir jika bisnes ini tidak laris, jika bisnes ini tidak maju. Apa yang saya fikirkan, mengapa tidak, jika berjaya sekurang kurangnya berupaya menampung perbelanjaan bulanan saya.

Maka, saya teruskan juga. Pada awalnya, selama 6 bulan berturut turut, homestay saya tidak dikunjungi oleh penginap, kalau adapun sebulan sekali. Ini menyebabkan saya berfikir, mengapa terjadinya begitu. Apa kesilapan yang saya lakukan dan apa usaha yang tidak saya lakukan.

Habis puas berfikir, saya teringatkan blog homestay yang saya tulis. Saya tidak pernah up date selama berbulan bulan. Saya cipta blog tersebut dan saya tinggalkannya. Sayapun up date setiap hari, tidak sukarpun hanya tambah foto, tukar tulisan dan tambah info. Itu sahaja yang saya lakukan. Selepas setiap hari saya up date kannya. Saya dapati setiap hujung minggu, hari cuti sudah pasti akan ada bakal penginap yang menelefon untuk menginap.

Apabila saya tanya tahu berkenaan homestay ini dari mana,  mereka kata melalui internet. Maka saya membuat jangkauan, sebenarnya bukan homestay kita tidak laris, tetapi kita kurang mempromosikannya melalui kemudahan di alam maya. Saya membuat kesimpulan sesungguhnya untuk berbisnes pada keadaan di zaman ini, memang amat perlu dan wajib kita melakukan promosi dalam internet. Susahpun kita mesti belajar, jika tidak kita akan jauh ketinggalan.

Kita ke topik kita pada kali ini, berkenaan pentingnya kita meningkatkan kredibilliti homestay kita, dengan cara melakukan usahasama. Maknanya amat perlu sekali kita menjalinkan hubungan atau link dengan homestay homestay dipersekitaran dengan homestay kita.

Mengapa perlunya hal demikian, kerana amat kerap sekali penginap datang dalam jumlah yang ramai. Kadangkala mereka memerlukan menginap di dua buah homestay sekaligus, kecuali anda memiliki lebih dari sebuah homestay.

Kita boleh membantu penginap dengan turut mempromosikan homestay disekitarnya dengan cara menghubungi sendiri pemilik homestay itu ataupun memberikan nombor telefonnya. Perhubungan dua hala ini, mewujudkan satu urusniaga yang baik. Sikap saling bantu membantu, bekerjasama dalam meningkatkan kredibiliti homestay masing masing akan mewujudkan perhubungan silaturahim yang erat.

Maka dengan perhubungan tersebut, sama sama pemilik homestay akan berhubungan di antara satu sama lain serta menwujudkan sikap ingin mengetahui, maka akan berlaku perkongsian ilmu berkenaan dengan homestay serta tips tips yang berguna dalam memajukan bisnes homestay.

Disebabkan sudah wujud sikap bekerjasama akan berlakunya percambahan idea. Masing masing berupaya untuk menaik taraf perkhidmatan homestay. Masing masing berkongsi tips atau cara untuk melariskan lagi kunjungan penginap ke homestay. Ilmu tersebut amat sukar didapati melalui bacaan, ia diperolehi melalui pengalaman secara langsung.

Harga sewaan homestay boleh diselaraskan dia antara homestay. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada nilai perkhidmatan yang diberikan. Dan amat wajib sekali pengusaha homestay mengetahui apa sebenarnya kehendak penginap, apa keperluannya dan mengapa homestay kita tidak menjadi tumpuan penginap. Semua ini boleh kita ketahui dengan cara berhubung di antara pengusaha pengusaha homestay, selain daripada menyediakan borang maklumbalas.

Apabila berlakunya usaha sama yang jitu dan erat di antara pengusaha pengusaha homestay, maka secara tidak langsung kawasan kita akan menjadi tempat tumpuan penginapan yang popular. Apatah lagi jika kawasan kita dekat dengan tempat tempat yang menjadi tumpuan utama. Maka pastikan siapakah pengusaha pengusaha lain yang menjalankan bisnes yang sama dengan kita di kawasan kita. Jalinkan hubungan dengannya. Eratkan silaturahim. Sekian.

zunianti
freelance blogger
www.juaramasak.com
www.homestaysalihin.blogspot.com



Monday, April 4, 2016

JADIKAN HOMESTAY ANDA LAIN DARI YANG LAIN BAKAL MELARISKANNYA

Asalamualaikum......saya amat teruja jika berbicara tentang homestay. Bisnes homestay seharusnya tidak dipandang sepi atau sesuatu yang membebankan. Ia adalah satu bisnes yang pasti mendatangkan pulangan yang berbaloi baloi jika kena pada cara dan tempatnya.

Malah adalah tidak mustahil jika homestay anda sentiasa dikunjungi oleh bakal penginap, dek kerana homestay anda memiliki ciri ciri yang unik dan istimewa berbanding dengan homestay homestay yang lain tanpa ciri ciri unik.

Umum mengetahui....saya seringkali mengintai intai keberadaan homestay di setiap ceruk tempat dan salah satu ciri keunikan sesebuah homestay itu ialah memiliki galeri barang barang perhiasan lama dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Memang menarik, homestay dihiasi dengan barang barang lama yang memiliki nostalgia tertentu. Saya amat teruja dan membayangkan mungkin suatu hari nanti saya bisa memiliki galeri mini yang menyimpan khazanah khazanah lama untuk tatapan serta ilmu baru kepada golongan muda sekarang.

Sebagai contoh di Kampung Seterpa Kota Bharu pemilik homestay menghiasi di anjung depan rumahnya dengan himpunan barang barang antik seperti beg, pinggan, peralatan memasak, piring hitam dan radio lama. Semua barangan tersebut disusun dengan cantik di dalam almari berkaca, malah dijaga dengan baik. Setiap peralatan tersebut dijaga dengan baik dari berhabuk.

Sesebuah homestay dianggap juga unik jika reka bentuk homestaynya bercirikan tradisional atau kekampungan seperti dibina dengan kayu cengal, malah diserikan lagi dengan ukiran ukiran disekelilingnya. Homestay homestay seperti ini amat jarang kita dapati, pemilik homestay yang mampu menyediakan perkhidmatan seperti ini bukan sahaja memberi perkhidmatan secara alami malah memberikan ilmu berharga tentang senibina Melayu.


Selain itu, uniknya homestay anda jika di dalamnya memiliki tempat menternak madu kelulut. Di Kelantan tempat penginapan yang bercirikan agro pertanian ialah di Kampung Tengah Kubang Kerian. Malah dalam kawasan homestay tersebut dihias cantik dengan meletakkan sarang sarang kelulut disegenap penjuru untuk tatapan para pelancong.

Malahan pengunjung boleh merasai sendiri keenakan madu kelulut tersebut, boleh melihat bagaimana madu kelulut diproses, dan melihat bagaimana pemilik mengusahakan penternakan madu kelulut. Di sesetengah tempat disediakan galeri tempat penjualan serta tempat merasa secara percuma madu tersebut. Menarik bukan, ia bukan sahaja menghasilkan pendapatan melalui sewaan homestay malahan pendapatan secara langsung melalui penternakan madu kelulut.

Terdapat juga homestay yang menyediakan mini zoo untuk tatapan penginap. Haiwan yang dibela seperti kucing, itik, angsa, burung hantu, ular sawa, burung merpati, burung puyuh, ayam serama dan sebagainya. Menarik bukan..

Satu lagi ciri ciri unik homestay anda jika anda sendiri boleh menyediakan masakan ataupun menyediakan pakej BBQ dengan menu yang hebat. Ataupun anda boleh menyediakan sebarang program atau sambutan mengikut citarasa penginap seperti sambutan hari jadi, perkahwinan atau apa sahaja sambutan hari perayaan. Ini adalah salah satu ciri ciri unik homestay anda.

Jika homestay anda berhampiran dengan anak sungai juga satu kelebihan kepada anda. Anda bukan sahaja menyewa homestay tetapi juga menjana pendapatan melalui aktiviti berteraskan sungai seperti aktiviti naik bot, naik kayak, aktiviti memancing atau menjala, aktiviti bakar ikan sungai dan aktiviti menyelusuri sungai melihat kelip kelip.






Anda juga boleh mewujudkan keunikan tersebut dengan cara membina sebuat taman tema mini di dalam kawasan homestay anda yang dilengkapi dengan kolam kecil tidak berbahaya dengan gelongsor air serta paip air hujan mini, khas istimewa untuk mereka yang berusia 15 tahun ke bawah. Anda boleh mengenakan cas atau pakej istimewa kepada mana mana penginap yang ingin menyertainya. Ini lah yang tengah saya imaginasikan dua buah homestay lapan pintu dengan taman tema mini istimewa.

Yang mana satu ciri ciri unik homestay anda? Mungkin sebelum ini nada sendiri tidak terlintas untuk mewujudkan ciri ciri unik tersebut, tetapi siapa sangka dengan membaca artikel ini, akan muncul idea hebat anda.

Kunci kejayaan dalan hidup adalah untuk kita menjalinkan lebih banyak perhubungan yang lebih baik, dan menjadi individu yang lebih dikenali dan dihormati oleh semua orang. Semakin ramai kita mengenali orang maka semakin senang kita bertemu dengan individu yang tepat, pada masa yang tepat, dengan alasan yang tepat, bagi mengambil kesempatan atas peluang keemasan yang muncul.
Sekian,

zunianti
freelance blogger
www.juaramasak.com
www.homestaysalihin.blogspot.com

Saturday, April 2, 2016

CARA NAK BOOM HOMESTAY ANDA? JOM IKUTI TIPS INI

Assalamualikum......kali ini saya ingin kongsikan dalam Tips Mudah Homestay berkenaan betapa pentingnya mendapatkan maklum balas daripada penginap.

Umum mengetahui sebagai pengusaha homestay yang mempunyai cita cita besar sudah pasti ingin memperbaiki sebaik mungkin segala kelemahan yang ada di dalam homestay mereka. Salah satu cara bagaimana kita dapat mengetahui akan kelebihan ataupun kekurangan di dalam homestay kita ialah dengan cara melampirkan sekali borang maklum balas penginap.

Tanpa memperbaiki segala kelemahan sudah pasti homestay kita tidak akan berkembang maju. Amat beruntung sekali jika seorang pengusaha homestay sentiasa terkehadapan denga segala upaya cuba memperbaiki keberadaan homestaynya itu.

Selain dari kritikan membina, rata rata bekas penginap memberi kata kata pujian dan ini dengan secara tidak langsung bisa menaikkan semangat pengusaha homestay untuk meneruskan bisnesnya atau terus memperbaiki lagi keberadaan bisnesnya.

Melakukan bisnes ini adalah sesuatu yang bukan sahaja mencabar kesabaran tetapi sangat mengujakan. Adalah amat berbesar hati jika penginap sanggup mengkritik homestay saya, ish...pelik betul. Melalui kritikan mereka sudah pasti saya akan segera memperbaikinya sebagai contoh, jika berlaku kerosakan ke atas mana mana peralatan, suis elektrik, plag tiga pin dan sebagainya, saya dapat memperbaikinya denga segera.

Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapatkan maklum balas seperti melalui perbualan ataupun bertulis. Walaubagaimanapun saya lebih suka mendapatkan maklum balas melalui borang bertulis. Dan sudah pasti bekas penginap amat gembira jika kita sebagai pengusaha homestay mendapatkan pandangannya mengenai kemajuan homestay kita. Borang maklum balas yang saya sediakan seperti contoh maklum balas di bawah:-

Borang yang disediakan mestilah meliputi segala galanya tentang homestay dan perkhidmatan yang kita berikan. Pastikan borang yang disediakan mudah untuk dijawab seperti penginap hanya menandakan sama ada ya atau tidak ataupun kita gunakan skala 1 hingga 5. Ini lebih mudah dan menjimatkan masa dan tidak memerlukan penginap berfikir panjang atau terpaksa mengarang ayat yang berjela jela.

Segala komen atau kritikan dari bekas penginap mesti diambil serius dan mesti diperbaiki secepat yang boleh. Ada di kalangan penginap yang ingin supaya pihak homestay menyediakan Astro ataupun Wifi secara percuma. Perkara ini boleh dipertimbangkan, tetapi jika dipertimbangkan bermaknanya sewaan homestay terpaksa dinaikkan sedikit dari harga asal. Maka konsep lebih murah dan tidak berkira sukar sedikit dilakukan.

Jika tidak mempertimbangkannya, sudah pasti homestay kita akan terkebelakang sedikit dengan kemajuan dari homestay homestay yang lain. Walaubagaimanapun, sebagai pengusha homestay yang berimpian besar, segala permintaan daripada pihak penginap sedaya upaya mestikan kita laksanakannya. Sekurang kurangnya homestay kita punya kelebihan sama dengan homestay homestay yang lain juga.

Lagipun bagi saya tidak menjadi hal jika kita naikkan sedikit sewaannya. Sebabnya, itulah harganya yang harus dibayar terhadap segala perkhidmatan yang diberi, lagipun amat murah dan berpatutan berbandingnya kos yang terpaksa ditanggung jika penginap menginap di hotel.

Tips kali ini amat mudah sekali iaitu layan semua orang dengan sifat belas ihsan iaitu nilai murni paling halus di dunia. Kita dapat memupuk sifat belas ihsan dengan cara cuba memahami dan merasai perasaan orang lain bukan tidak memahami dan terus menerus mengadilinya. Oleh itu anggap sahaja kita adalah penginap homestay, tanya diri sendiri apa yang kita mahukan.  Kita akan dapat jawapannya. Sekian.

zunianti
freelance blogger
www.juaramasak.com
www.homestaysalihin.blogspot.com

 


 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni