Assalamualaikum, salam jumpa kembali dalam Tips Mudah Homestay. Kali ini kita akan bincang tentang terma dan syarat yang harus dilaksanakan oleh pengusaha homestay yang berjaya, bertujuan untuk memudahkan kedua dua belah pihak.
Ketika membuat penempahan terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan untuk kemudahan bersama. Pertama ialah amat penting untuk bakal penginap mengetahui berapakah bilangan ahli yang akan hadir, ini amat penting kepada pengusaha homestay untuk menyediakan keperluan yang diperlukan seperti extra toto, bantal ataupun tikar. Ini untuk keselesaan bersama, sebagai pengusaha homestay keselesaan penginap sudah tentu menjadi keutamaan kita.
Harga penginapan juga amat penting, terdapat sesetengah pengusaha homestay yang menetapkan sewa penginapan berdasarkan hari kerja, hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Jika di waktu punca seperti cuti sekolah atau cuti umum selalunya harga yang ditetapkan lebih tinggi sedikit. Walaubagaimanapun apa yang saya praktikkan ialah harga yang tetap sepanjang tahun, maknanya saya tidak kira sama ada hari cuti atau hari kerja. Alasannya ialah kadangkala saya sendiri pening memikirkan harga sewaannya dan kadangkala saya sendiri terlupa bahawa itu harga pada hari biasa bukan hari cuti.
Maka untuk selesaikan masalah tersebut, saya ambil konsep "Jangan Terlalu Berkira", maka saya tetapkan harga sewaan homestay tetap sama dan tidak berubah tidak kira sama ada hari bekerja atau cuti umum. Dan amat mengembirakan kerana homestay saya tetap menjadi pilihan pengunjung.
Adakalanya di dalam kalangan penginap yang menawarkan harga kurang sedikit dari yang telah ditetapkan. Bagi saya, pengurangan harga tersebut boleh diambilkira jika bilangan hari mereka menginap memakan masa beberapa hari. Dan selalunya saya tidak begitu berkira sangat dengan penginap, jika mereka meminta pengurangan tersebut saya dengan senang hati boleh mengurangkannya sedikit.
Harga pembayaran deposit amat penting, pertama sekali kerana apabila di waktu puncak terutamanya pada cuti umum atau cuti sekolah akan berlaku pertindihan booking homestay. Oleh itu, untuk selesaikan masalah, saya dengan serius memang menetapkan syarat ingin menginap mesti bayar deposit dengan segera. Dan saya selalu mengingatkan bakal penginap supaya menyegerakan pembayaran deposit tersebut, sebab apabila berlaku terlalu banyak permintaan,maka amat wajar saya mendahulukan siapa yang awal dan segera.
Setakat ini, 98% penginap saya berjaya menjelaskan deposit dengan cepat dan awal. Malah 2% lagi hanya menyatakan hasrat untuk menginap tetapi tidak serius. Jadi perkara ini adalah lumrah dalam berbisnes, ada dalam satu keadaan kita boleh bertolak ansur dan pada satu keadaan lagi, kita mesti serius.
Pembatalan penginapan oleh bakal penginap pada saat saat akhir iaitu 2 hari sebelum menginap adalah dikira hangus, jika pembatalan dilakukan 2 minggu sebelum menginap, saya akan pulangkan semula deposit tersebut. Tujuannya ialah supaya penginap lebih serius dan tidak sewenang wenangnya menukar penginapan kepada penginapan yang lain. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam berbisnes ada untung dan ada ruginya, cuma dalam bisnes homestay tiada istilah rugi, yang penting lakukan promosi promosi promosi melalui internet, insya Allah adalah penginap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment