Apabila berbicara tentang homestay, ia adalah sesuatu yang mengujakan buat diri saya. Pada awalnya, saya merasakan bisnes ini sekadar ingin mencuba sahaja dan itu pada asalnya. Dengan alasan, daripada membiarkan rumah begitu sahaja lebih baik buat homestay.
Selama 6 bulan berturut turut, homestay saya tanpa penghuni, kalau adapun sebulan sekali. Saya buntu memikirkan mengapa berlaku sedemikian, apa silap saya dan apa harus saya lakukan supaya ramai orang tahu perkhidmatan saya ini.
Dari sehari ke sehari, saya berfikir dan cuba mencari penyelesaiannya. Kadang kadang terasa malu kepada keluarga akan keadaan ini, tetapi saya tidak patah semangat, pasti saya akan jumpa kuncinya. Pada satu ketika, saya teringatkan laman blog yang saya cipta khusus untuk memasarkan atau mengiklankan homestay saya. Saya cuma update gambar, tukar font dan up date sikit sikit. Selang beberapa waktu saya mendapat panggilan dari penginap.
Sehingga ke hari ini saya sentiasa up datekan blog saya. Saya sentiasa menyediakan gambar gambar yang terkini akan keadaan homestay saya. Rupa rupanya inilah kuncinya, sentiasa melakukan yang baru, agar SEO sentiasa mengangkat web atau blog kita ke laman kehadapan.
Tidaklah sesukar yang digambarkan dan sudah pasti selepas jumpa kuncinya, saya sentiasa menerima panggilan dari bakal penginap. Jika hari tersebut jatuh hari cuti umum atau cuti sekolah, pasti seawal 2 bulan sebelum itupun, sudah ada bakal penginap.
Walaubagaimanapun terdapat tiga kunci utama dalam melariskan homestay kita pertama Promosi, Lokasi dan Kemudahan di dalamnya. Promosi melalui internet, wajib dilakukan. Jika terasa sukar, kita upah sahaja dengan mereka yang mahir. Sebabnya...ramai penginap datang dari segenap pelusuk negeri. Jadi amat tidak munasabah untuk mempromosikannya hanya di sekitar homestay kita sahaja. Maka, jika belum melakukannya melalui media sosial lakukannya.
Bagi saya adalah lebih baik mempromosikannya melalui laman web atau blog daripada melalui fb, twitter atau wechat. Kerana penginap selalunya bukan rakan fb kita dan bukan datang dari saudara mara kita, tetapi datang dari mereka yang kita tidak kenal. Maka sentiasa up date laman web anda.
Kedua ialah lokasi homestay anda. Ini juga tidak kurang pentingnya. Jangan harap penginap akan menginap di homestay anda, sedangkan tiada apa apa istimewanya di kawasan sekitar homestay anda. Selalunya homestay yang menjadi pilihan ialah yang berdekatan dengan pusat peranginan, pusat membeli belah dan pusat bandar. Jika anda ada rumah kosong di kawasan tersebut, maka apa tunggu lagi binalah homestay. Tetapi dengan syarat, wajib promosi melalui internet. Jika tidak homestay anda akan menjadi homestay tidak berpenghuni.
Ketiga ialah kemudahan yang disediakan di dalamnya. Umum mengetahui selain dari lokasi, kemudahan di dalamnya juga bakal menarik penginap untuk menginap di homestay anda, apatah lagi sewaannya berbaloi baloi. Yang paling penting adanya alat penghawa dingin, sekurang kurangnya bilik utama dilengkapi dengan kemudahan ini, jika anada tidak mampu.
Lebih baik jika semua bilik dilengkapi dengan kemudahan alat penghawa dingin, dan percayalah homestay anda pasti akan dikunjungi bakal penginap ditambah lagi dengan kedudukan yang strategik serta anda sentiasa mempromosikannya. Memang boleh buat duit. Sekian sahaja dari saya, jangan putus asa dan sentiasa fikirkan untuk memberi yang terbaik kepada customer kita.
zunianti
freelanceblogger
No comments:
Post a Comment