Wednesday, April 29, 2020

BISNES HOMESTAY UNTUK PEMULA



Adakah anda mempunyai rumah, malahan rumah tersebut tidak diinap kerana mungkin anda bekerja di tempat lain? Rumah anda itu berada di dalam kawasan bandar, tempat pelancongan utama, di tepi pantai tempat tumpuan orang ramai atau pun rumah anda memiliki ciri ciri unik? Anda memiliki skil dalam menghias dan anda gemar mengemas? Wow, anda sebenarnya sudah melebihi kelayakan untuk menjadi Tuan Rumah Homestay. Hebatkan?

Terdapat beberapa keadaan atau tindakan yang perlu anda lakukan, jika anda ingin memulakan Bisnes Homestay walaupun di rumah anda sendiri.
1. Bajet 
2. Peralatan yang perlu disediakan
3. Persediaan marketing secara online ataupun offline
4. Konsep homestay anda  sama ada bercirikan tradisional, moden, minimalis, Eropah dan kampung.
5. Harga penginapan.



Bajet. Berapakah bajet yang anda mampu? Secara keseluruhan untuk sebuah rumah memerlukan sekurang kurangnya RM10k. Lengkap dengan segala peralatan asas. Sebagai contoh untuk sebuah ruang tamu memerlukan kelengkapan seperti perabut asas, tv, karpet/tikar, rak tv, meja dan jam dinding. Di bahagian dapur memerlukan peralatan seperti meja makan, kabinet dapur, dapur gas, kabinet dapur gas, peralatan memasak, peralatan makan minum, peti sejuk dan tong sampah. Manakaladi dalam bilik tidur memerlukan set bilik tidur, lengkap dengan selimut, cadar dan bantal.

Pemasangan air cond atau kipas di dalam bilik tidur adalah pilihan dan ianya bergantung kepada bajet pengusaha homestay sendiri. Untuk makluman semua, penginap lebih menyukai bilik ada air cond dari tiada air cond. Apatah lagi dengan keadaan cuaca di negara kita yang sentiasa panas dan juga keadaan struktur bangunan atau rumah di negara kita.

Persediaan pemasaran atau marketing juga amatlah penting, jika tidak dipasarkan perkhidmatan berkenaan bagaimana orang ramai akan mengetahuinya. Marketing melalui offline boleh dilakukan dengan menyebar luas perkhidmatan tersebut samada melalui risalah yang diedarkan dari rumah ke rumah. Penyebaran risalah amat sesuai dilakukan bagi kawasan dalam jarak satu kilometer dari tempat penginapan.

Bagaimana pula dengan orang yang jauh? Maka marketing secara online adalah lebih sesuai. Hasilkan sebuah blog berkenaan dengan perkhidmatan homestay anda. Blog boleh dibina sendiri atau diupah orang lain membinanya. Blog itu, hendaklah sentiasa di update supaya boleh dicari oleh enjin carian google.

Berkenaan dengan konsep homestay anda, ianya bergantung kepada tapak di mana letaknya homestay anda. Jika di kawasan bandar lebih bercirikan moden ataupun minimalis. Walaubagimanapun ia tidak menjadi  hal untuk menerapkan konsep kampung pada homestay anada walaupun ianya berada dikawasan bandar.

Harga penginapan bergantung kepada saiz rumah, bilangan bilik tidur, kedudukan homestay anda dan kelengkapan lain yang disediakan. Untuk lebih mudah boleh rujuk homestay homestay yang ada disekitar tempat anda untuk mengetahui harga penginapan yang telah ditetapkan oleh pengusaha lain. Jika homestay anda memiliki ciri ciri istimewa, ianya satu bonus untuk anda menaikkan sedikit harga penginapan anda, semuanya terpulang kepada anda.

Akhir sekali selamat berjaya untuk anda yang baru mula mula ingin menceburi bidanng sebagai pengusaha homestay berjaya.
 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni