Kita akan kongsi mengenai Lokasi Strategik sesebuah Homestay. Lokasi terletaknya sesebuah homestay itu amat mempengaruhi laku atau tidaknya Homestay kita.
Sebagai pemilik Homestay yang punya impian besar, kita perlu menjangkakan apa yang penginap inginkan. setiap keperluan dan keinginan penginap, perlu kita sendiri yang menjawabnya. Anggap diri kita adalah sebagai sebahagian daripada penginap. Sudah tentu kita akan tahu jawapannya.
Oleh itu, selidik dengan terperinci dahulu kelebihan serta kelemahan lokasi yang kita ingin pilih. Lagi banyak kelebihan, lagi banyak peluang bilangan hari penginap dipenuhi.
Tidak bermakna jika ada rumah yang tidak diduduki, maka daripada kita sayang nak disewakan maka kita ambil keputusan untuk menjadikannya sebuah Premis Penginapan Pelancongan ataupun Homestay. Sebenarnya keputusan itu tidak salah tetapi yang salahnya ialah lokasinya.
Terdapat beberapa faktor lokasi yang strategik pilihan pelancong
1. Terletak di tengah bandar
2. Tidak bising
3. Dekat tempat Bersejarah/IPTA
4. Dekat dengan pusat membeli belah
5. Kawasan persekitaran nyaman.
6. Kawasan sekitar punya banyak kemudahan.
7. Tempat rekreaksi
Lokasi homestay yang terletak di tengah tengah bandar utama merupakan satu bonus, tetapi jika lokasi homestay itu terletak di tengah antara beberapa buah bandar utama lagi strategik dan menjadi pilihan penginap.
Sebagai contohnya di negeri Kelantan, terdapat sebuah perkampungan yang masih lagi mempunyai ciri ciri kekampungan tetapi kedudukannyan amat strategik iaitu terletak di tengah tengah beberapa bandar utama, iaitu Kampung Pasir Hor. Kedudukan perkampungan ini amat strategik iaitu 4km dari Kota Bharu, 4km dari bandar Wakaf Che Yeh, 3km dari bandar Kubang Kerian, 2km dari bandar Seribong, 3km dari bandar Tunjong dan 4km dari Bandar Satelit Pasir Tumbuh. Hebat bukan...?
Jadi tidak mustahil lokasi sebegini merupakan impian bagi penginap untuk menginap. Malah lokasi ini juga nilai hartanahnya melambung tinggi hingga naik 500% dalam jangkamasa 10 tahun. Lebih sesuai jika lokasi Homestay kita itu terletak dalam lingkungan 5km dari bandar utama. Bagaimana pula Homestay yang terletak lebih jauh dari itu, sudah tentu pelancong kurang berminat kecuali Homestay di bandar sudah penuh. Maka pelancong akan memilih Homestay yang jauh sikit dari kawasan bandar.
Bagaimana pula Homestay yang terletak dekat dengan lapangan kapal terbang. Mudahkan turun dari flight terus masuk Homestay. Bagi saya, saya tidak suka pada kebisingan. Faktor yang kedua pelancong sukakan kedamaian. Elakkan dari membangun Homestay di kawasan Lapangan Terbang, di pusat membeli belah, berdekatan pasar, bersebelahan tempat pembuangan sampah atau pencawang elektrik dan di tepi tepi jalan utama yang sibuk.
Bagaimana pula Homestay yang terletak di kawasan pendidikan atau kawasan IPT? Boleh dibina, pasti laris pada musim musim tertentu seperti Hari Pendaftaran Pelajar atau Hari Konvokesyen. Walaubagaimanapun sebagai pengusaha Homestay yang gembira jika Homestaynya sentiasa ada pennginap, maka pemilihan lokasi berdekatan dengan IPTA atau tempat bersejarah atau tempat perkelahan, cukup hanya menjadi sebab yang kedua. Kita terpaksa mengambil risiko, jika suatu hari sudah tiada lagi IPTA atau tempat bersejarah disitu.Walaubagaimanapun lokasi Homestay dekat dengan bandar utama atau dekat pusat membeli belah, tetap menjadi pilihan.
Dan yang lebih menarik lagi jika lokasi Homestay tersebut berada di tengah tengah bandar utama, dan terletak pula dekat dengan pusat membeli belah. Mengapa Kampung Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan menjadi pilihan sebab keduanya kerana dekat dengan Wakaf Che Yeh, kompleks membeli belah harga mampu milik.
Kompleks Membeli belah Wakaf Che Yeh menghimpunkan beratus ratus ahli perniagaan di bawah satu kawasan. Mereka menjual pelbagai produk dari sekecik kecik batu permata hingga sebesar besar gebar atau karpet. Harga yang di tawarkan amat murah berbanding dengan tempat tempat yang lain. Paling istimewa ialah mereka mula beroperasi selepas jam 8 malam hingga ke awal pagi. Menarik bukan, sebab pelancong memang suka membeli belah dalam persekitaran yang nyaman dan tidak panas. Harga lebih murah jika dibeli secara pukal atau borong.
Pelancong memang suka membeli belah, dan menjadi satu kelebihan jika Homestay anda dekat dengan kompleks seperti ini yang hidup hingga awal pagi. Bandar Wakaf Che Yeh hidup kerana adanya aktiviti perniagaan pada waktu malam yang tidak terdapat pada bandar bandar lain, hatta Kota Bharu sekalipun. Malah tidak mustahil jika penginap homestay anda berulang ulang kali ke sana.
Faktor seterusnya persekitaran desa yang damai dan nyaman. Penginap tidak kisah jika mereka terpaksa menyelusuri jalan kampung yang sedikit sempit, semata mata untuk menghirup udara segar dan jauh dari kebisingan kota.
Sebabnya penginap sukakan kedamaian, sukakan suasana kampung, sukakan udara bersih, sukakan bunyi cengkerik bukan deruman enjin kenderaan yang mereka tidak bisa dapati di bandar. Tidur yang lena dan berkualiti itu amat bermakna dan baik untuk kesihatan. Maknanya masih wujud lagi penginap yang inginkan suasana desa dalam persekitaran kampung sebagi tempat menginap. Menarik bukan...?
Akhir sekali kemudahan yang ada di kawasan persekitaran homestay kita. Maksud saya ialah di kawasan tersebut mempunyai kedai makan, restoran, pam minyak top up, kedai runcit, klinik atau farmasi, tempat cuci kereta, work shop dan sudah tentu bank. Segala kemudahan tersebut nampak remeh tetapi amat penting sebagai pelengkap Homestay kita. Menarik lagi jika kita selaku pengusaha Homestay menyediakan lampiran atau pamphlet kemudahan yang ada di kawasan sekitar Homestay kita.
Kadang kadang penginap ingin bersantai bersama keluarga, maka tempat tempat rekreaksi atau taman tema air menjadi pilihan. Selain aktiviti seperti berjalan jalan, jogging, senaman dan riadah antara yang tersenarai.
Kesimpulannya lokasi terletaknya sesebuah homestay itu adalah sebab utama pemilihan penginapan Homestay. Ditambah lagi dengan kedudukannya di tengah tengah bandar bandar utama, dekat dengan kompleks membeli belah, jauh dari kebisingan, berada dalam persekitaran yang aman dan nyaman serta mempunyai infrastruktur yang mudah dicapai. Ini semua adalah pelengkap homestay anda.
Semoga maklumat ini berguna kepada anda yang bercita cita untuk memiliki Homestay sendiri sekaligus menceburi perniagaan hartanah secara tidak langsung. Jumpa lagi.
zunianti
freelance blogger
No comments:
Post a Comment