Tuesday, December 26, 2023

Kepentingan Taksiran Cukai Bisnes Homestay

Cukai perniagaan ialah keuntungan yang diperolehi dari hasil perniagaan adalah pendapatan yang layak dikenakan cukai. Perniagaan atas nama enterprise, resources ataupun rumah inap milikan tunggal ataupun perkongsian. Jika perniagaan milik tunggal, seorang sahaja yang perlu declare cukai perniagaan.Cukai dikenakan pada untung bisnes selepas pelarasan belanja yang tak dibenarkan tolak cukai, elaun modal, rugi dari tahun terdahulu. Untung selepas pelarasan akan bawa bawah nama pemilik bisnes dan dikira cukai bawah nama pemilik bisnes. 

Tempoh transaksi yang boleh ambil kira untuk sediakan penyata kewangan adalah dari Januari sampai Disember setiap tahun. Selepas tu ada tempoh 6 bulan untuk declare cukai ke LHDN pula. Cukai bukan dikenakan pada berapa jualan yang bisnes kita boleh buat. Cukai bukan dikenakan pada berapa banyak duit masuk ke dalam bank. Jadi jangan bimbang jika duit masuk melalui bank hingga kita terpaksa nak sorokkan banyak duit dalam pelbagai bank berbeza. Tidak kira jika bisnes yang dijalankan sepenuh masa atau sepatuh masa, secara online ataupun menawarkan perkhidmatan walau punya pendapatan tetap,  wajib buat taksiran cukai. Declare cukai tak semestinya kena cukai. Buat bisnes wajib DECLARE cukai.

Adakah anda sudah bersedia? Sebelum kita mulakan bagaimana cara untuk lengkapkan penyata kewangan bisnes kita bagi tujuan taksiran cukai tahun hadapan. Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebagai orang yang menjalankan perniagaan.
1. Daftar sebagai pembayar cukai sejurus memulakan perniagaan, jika pertama kali dapatkan nombor pin terlebih dahulu di cawangan LHDN berhampiran.
2. Dapatkan Borang Nyata Pendapatan dengan LHDN
3. Lengkapkan Borang B(milikan tunggal) di portal rasmi LHDN, perlu diisi sehingga 30 Jun selepas tahun taksiran.
4. Sediakan penyata akaun atau kewangan/rekod perniagaan seperti untung dan rugi, rekod jualan dan rekod belian
5. Sediakan dokumen sokongan(resit, bil, penyata bank dll)
6. Sediakan 2 file berasingan untuk penyata akaun dan dokumen sokongan.
7. Semua rekod ini perlu disimpan sehingga 7 tahun.

Mengapakah rekod perlu disimpan?
1. Memudahkan penyediaan akaun perniagaan
2.Memudahkan pengisian borang cukai perniagaan
3. Membantu semakan jika didatangi audit LHDN

Apakah dokumen yang perlu disimpan?
1. Resit atau invois jualan dan belian
2. Bil tunai
3. Penyata bank
Semua penyata bank atau buku simpanan di mana yang masuk dan keluar dipaparkan. Pemilik perniagaan harus memiliki akaun bank yang berbeza khas untuk perniagaan.
4. Dokumen lain yang berkaitan

Apakah itu rekod jualan?
1. Jualan/servis tunai atau kredit
2. Ambilan stok untuk kegunaan sendiri atau keluarga

Apakah rekod belian?
Belian tunai atau kredit untuk stok perniagaan.

Rekod Perbelanjaan
Resit yang mengandungi tarikh, amaun dan tujuan perbelanjaan dilakukan.

Melihat kepada jumlah pendapatan keuntungan perniagaan dengan jumlah cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah amaun yang tidak begitu membebankan. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang memiliki lebih satu pendapatan untuk memberi sebahagian keuntungan tersebut kepada negara dengan membayar cukai bagi tujuan pembangunan negara dan masyarakat. Tidak semua pendapatan perniagaan kita akan dikenakan cukai oleh kerajaan yang penting kita sebagai pemilik perniagaan wajib membuat taksiran cukai terlebih dahulu iaitu membuat pernyataan hasil pendapatan yang diperolehi. 

Dalam perniagaan rumah inap atau homestay yang menawarkan perkhidmatan penginapan juga tidak lari dari dikenakan cukai perniagaan. Mungkin kita berangggapan lari atau sembunyikan bisnes kita dari LHDN adalah langkah yang bagus untuk elakkan dari dikenakan cukai berganda. Sebenarnya gagal membuat taksiran cukai perniagaan adalah perkara paling malang yang telah kita tersilap lakukan, bukan cukai sahaja yang wajib dibayar termasuk dengan penalti kerana gagal membuat taksiran cukai. Lebih baik kita buat taksiran cukai bisnes kita dari LHDN membuat taksiran cukai terhadap bisnes kita.

Sekian






Monday, December 25, 2023

TIPS MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN UNTUK BAKAL MEMPELAI




Pada tiga puluh tahun yang lalu majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang diadakan secara meriah melibatkan hampir keseluruhan penduduk kampung yang sama-sama bekerjasama, tolong- menolong di antara satu sama lain atau dipanggil merewang. Kadangkala tuan rumah duduk saja, semuanya diselesaikan oleh penduduk kampung. Seminggu sebelum majlis dan dikumpul kayu api, periuk belanga, kawah malahan telah dibina pondok dari daun nipah bertiangkan buluh bermejakan papan atau buluh.

Sepuluh tahun kemudian trend majlis perkhawinan telah berubah iaitu ramai keluarga mengadakan majlis secara kecil-kecilan dibantu oleh keluarga sendiri. Keadaan seperti ini banyak berlaku di kawasan bandar ataupun kawasan perumahan. Walaubagaimanapun majlis kahwin secara bergotong-royong atau merewang masih lagi diamalkan sehingga kini disesetengah tempat. 

Namun begitu aktiviti merewang sudah semakin dilupakan apabila ramai ibubapa memilih pakej dari tempat kahwin bagi mengadakan majlis perkahwinan anak mereka. Pemilihan wedding planner atau pemilihan dewan untuk majlis kahwin adalah disebabkan beberapa faktor seperti sibuk dengan kerja, penat kerana sudah berusia, tiada saudara hendak membantu dan faktor persekitaran iaitu kawasan rumah yang sempit.

Terdapat beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh bakal pengantin untuk memilih tempat kahwin yang sesuai. 

1. Dapatkan izin dari ibubapa
Nampak masalah kecil, sebenarnya ibubapa juga perlu dibawa bincang kerana majlis kahwin bukan majlis kita seorang sahaja tetapi melibatkan kedua belah pihak. Pandangan dan restu ibubapa harus di ambil kira juga.




























2. Faktor kewangan
Faktor ini sangatlah penting, berapa yang boleh kita keluarkan untuk majlis kahwin kita bakal menentukan dewan mana yang harus kita pilih. Jika duit simpanan kita banyak, kita boleh pilih dewan yang lebih besar yang menyediakan semua perkhidmatan dari segi makanan, penginapan, makeup, busana, fotografer, door gift, pelamin dan meja beradab. Jika kita perlu berjimat dan pada masa yang sama ingin majlis kita berjalan lancar dengan tidak perlu bersusah payah dan berpenat lelah boleh memilih pakej yang yang menawarkan servis seperti pelamin, catering, dewan dan penginapan.




























3. Faktor jarak
Faktor jarak tempat kahwin dengan rumah kita juga amatlah penting. Bagi pengantin perempuan dinasihati supaya memilih dewan perkahwinan dekat dengan rumah mereka untuk memudahkan urusan samada semasa untuk majlsi akad nikah ataupun majlis resepsi.




























4. Catering/lauk-pauk
Sebelum ini kita pernah dengar isu catering scammer tak hantar lauk-pauk bayaran semua dah langsai, bila telefon senyap tak dijawab. Hal ini sangat mengerikan, pilihlah pakej dewan yang kita boleh lihat  pengguna letak komen positif. Sebelum inipun ramai yang telah mengadakan pelbagai majlis di tempat mereka. Jangan terpedaya dengan janji manis pihak catering yang nak bagi harga murah dengan menu yang bermacam-macam seperti RM10-RM14 perhead teramat murah. Kos menyediakan bahan mentah bukannya murah sekarang ini, apa lagi jika gulai kawah menggunakan daging tempatan sahaja tanpa dicampur dengan bahan- bahan lain. Jadi berhati-hati murah mungkin dari segi kuantiti dan kualiti kurang, kita tempah 500 orang tapi tak sampai 200 orang makan dah licin. Pastikan juga pihak catering menyediakan "jong kako" iaitu pembantu semasa majlis berlangsung. Perlu dipastikan juga servis pihak catering berapa lama 5 jam, 6 jam atau sehingga lauk habis senang kita nak rancang, yang penting pastikan lauk pauknya sedap.

4. Masa dewan beroperasi
Ramai pengusaha dewan kahwin yang memberi perkhidmatan mereka sehari sahaja, ada yang telah tetapkan masa antara jam 10pg hingga 5 petang sahaja, ada juga yang bagi penginapan percuma semalaman dan ada juga yang menyediakan penginapan 2 mlm maknanya keluarga pengantin boleh berada disitu selama 3 hari 2 mlm. Kita kena rancang dan cari tempat yang bersesuaian dengan keperluan kita, jika tempat kahwin dekat dengan rumah dan tiada saudara- mara dari jauh maka sehari sudah cukup majlis kita. Jika ada saudara mara yang nak rehat tidur pilihlah tempat kahwin yang menyediakan penginapan.

























5. Pelamin
Bagi mereka yang memilih dewan atau tempat kahwin di luar kediaman, selalunya pelamin pemilik dah sediakan. Ada pemilik dewan yang ikut citarasa kita sanggup tukar pelamin setiap kali majlis kahwin berlangsung. Ada juga yang guna pelamin yang sama walau berpuluh- puluh perkahwinan diadakan, tukar sekali sebulan atau tidak pernah tukar kecuali pelamin semakin kurang ceria baru ditukar design baharu. Semua ini bergantung kepada pemilihan kita, jika kita tak ingin pelamin kita sama dengan yang lain maka carilah tempat yang owner sanggup menukar design pelamin lain khas untuk kita. 

6. Bilangan tetamu
Saya rasa faktor ini ramai yang terlepas pandang. Jika kita bercadang nak buat majlis secara kecil-kecilan jemput adik beradik, keluarga terdekat dan kawan rapat tuju-tuju 200 pax sudah memadai, jika nak jemput adik, beradik, keluarga jauh dan dekat, kawan baik ibu ayah, kawan baik kita tuju-tuju 300 pax sudah memadai. Jika berhajat nak jemput semua saudara mara, adik beradik dan rakan tempat kerja tuju-tuju 500 pax sudah mencukupi. Jika yang nak dijemput semua dan kita jemput melalui media sosial yang kita kena sediakan 800-1000 pax. Bila kita dah tahu seramai mana jemputan maka kita boleh pilih tempat yang sesuai. Lebih ramai tetamu jemputan maka lebih luas kawasan diperlukan.

Itu sahaja perkongsian saya buat kali ini,  semoga mendatangkan manafaat kepada bakal pengantin tahun yang akan datang. Jangan pilih dewan kahwin yang salah nanti menyesal malu keluarga. 

https://www.facebook.com/terataksalihin52 

untuk lihat dewan kahwin saya.

Terima kasih



Tuesday, May 9, 2023

Tips Pengusaha Dewan Perkahwinan Part 1


 Menjadi wedding planner atau perancang majlis perkahwinan adalah tidak semudah yang disangkakan. Terlalu banyak perkara yang perlu diperincikan dan diperhatikan. Iya sangat berbeza dengan pengusaha homestay yang juga berfungsi sama dengan pengusaha tempat majlis perkahwinan. Perancang perkahwinan yang juga pengusaha majlis perkahwinan bukan sahaja perlu merancang perancangan majlis tetapi harus berinteraksi dengan feel perangai customer bukan sahaja sebelum, semasa malahan selepas majlis kahwin berlangsung.

Saya akan usulkan beberapa tips yang mungkin mengambil sedikit masa untuk saya menulis setelah sekian lama menyepi apatah lagi, negara kita baru sahaja perkembangan bisnes perkahwinan semakin meningkat setelah COVID 19. Menjadi pengusaha homestay sangatlah menarik dan bagi saya ia tidak begitu membebankan jika kita pandai menentukan peraturan kepada penghuni homestay. Homestay kita yang berantakan selepas digunakan, itu sudah lumrah manusia. Umpama habis madu sepah dibuang. Madu yang diberi, tuba yang dibalas. Oleh itu ketika check in atau semasa booking pastikan customer menyatakan ic nya, bukan kita saja- saja- atau nak berkenalan tetapi sebagai langkah berjaga- jaga. Begitu juga dengan bayaran deposit security juga wajib sebagai cagaran mana tahu perkara diluar pemikiran terjadi. Homestay kita pandai pandailah kita menetapkan peraturan ya.

Okey kita berbalik kepada pengusaha tempat perkahwinan. Pada pendapat saya memang terlalu banyak tempat atau dewan kahwin yang menyediakan perkhidmatan mereka masing- masing dan setiap tempat itu memilik fungsi dan kelebihan yang berbeza- beza dan niche customer juga tidak sama malahan berbeda- beda. Jadi, jangan terasa rendah diri jika homestay atau tempat kita tidak seindah tempat orang.

Homestay yang sedia ada boleh dijadikan tempat kahwin yang cantik jika memiliki ciri-ciri seperti binaan rumah yang unik, kawasan yang luas serta memiliki infrastruktur yang lengkap. Untuk menambahbaik homestay menjadi tempat kahwin, anda boleh melakukan dengan dua cara iaitu sama ada melakukan pinjaman ataupun menambah kelengkapannya sedikit demi sedikit. 

Melakukan pinjaman memang senang untuk dilakukan namun sangat sukar untuk membayarnya nanti, apatah lagi ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Keuntungan  yang didapati untuk majlis kahwin seperti ini adalah mengikut musim- musimnya sahaja, jika kita tidak dapat survive ketika diluar musim, pasti buntu fikiran bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut. Bagi saya, saya pilih buat secara beransur- ansur, maksudnya setiap waktu itu ada pembaharuan yang anda lakukan pada tempat anda, jika duit lebih tambah lebih banyak jika duit kurang stop dahulu dan lakukan kemudiannya. Anda bebas hutang dan tidak akan terbeban dengan ketiadaan customer, enggak apa- apa- jika anda melihat tempat lain rancak dengan majlis dan acara sedangkan tempat anda sendu sahaja. Tiga tahun pertama adalah zaman penentu jatuh bangun bisnes anda.

Jika anda memilih untuk memulakan bisnes sebagai owner tempat kahwin tetapi dengan cara melakukannya sendiri tanpa melakukan pinjaman, tapi anda pasti punya punca pendapatan bulanan. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah melengkapkan kelengkapan yang perlu ada pada suatu tempat perkahwinan itu. Baik anda sudah ada tempat kediaman tapi belum ada lagi pelamin atau Dewan Pelamin.

Wujudkan dewan pelamin, anda boleh bina dewan tertutup atau terbuka. Saya sarankan bina dewan pelamin tertutup. Jika tempat anda kawasannya luas dan terbuka, tempat terbuka jadikan tempat tetamu makan, Dewan pelamin tertutup dan berhawa dingin khusus untuk pelamin dan tempat pengantin bergambar supaya tak cair make up pengantin, juga untuk keselesaan mempelai. 


Ada sebahagian tempat kahwin yang menyediakan pelaminnya sendiri, maksudnya pelamin dengan design serta warnanya telah disediakan dan ditetapkan oleh pihak owner. Mereka akan hias dewan tertutup mereka dengan pelbagai jenis jambangan bunga dan dekorasi. Anda juga boleh menyediakan ya juga, jika kurang berkemampuan boleh menggunakan perkhidmatan bridal- bridal yang lain. Pada awal pembabitan saya dalam bisnes ini, tidak punya banyak kelengkapan untuk menyediakan dekorasi pelamin sendiri. Jadi saya serah kepada pihak pengantin untuk mengupah bridal dekorasikan pelamin mereka. Lama- Kelamaan, saya perhatikan hasilan gubahan pelamin dari bridal, bukan maksud saya untuk memburukkan sesiapa. Adalah tidak berbaloi pengantin membayar harga mahal tetapi hasilannya kurang memuaskan. Dari situ saya bertekad untuk menghasilkan dekorasi pelamin sendiri.


Mereka pelamin sendiri bukanlah semudah yang disangkakan walaubagaimanapun kita boleh belajar design melalui YouTube, TikTok dan sebagainya. Bunga hydrangea, rose, piony dan pelbagai jenis daun kita boleh dapatkan di kedai berhampiran atau order melalui shopee maupun Lazada. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati- hati jika memesan melalui online takut tersalah beli dan tidak menepati citarasa. 

Untuk menghasilkan dekorasi pelamin sudah tentu memerlukan banyak bunga. Anda juga boleh menyediakan props yang minima dibelakang pelamin. Bagi saya pelamin yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan dewan atau tempat kahwin yang kita bina. Kita juga perlu tahu 'niche' atau target customer kita. Saya hanya menetapkan target customer yang mahukan majlis yang sederhana, tidak begitu besar dan mampu milik. Jika customer punya citarasa besar, mahukan majlis yang meriah serta pelamin sebesar dewan, tempat saya tidak boleh menghasilkan itu semua. Jadi saya sarankan ke tempat yang lebih bagus. Menyediakan perkhidmatan terbaik untuk niche customer kita juga merupakan satu ibadah dalam Islam, kita memudahkan urusan orang lain.

Walaubagaimanapun kita boleh menghasilkan pelbagai dekorasi pelamin bergantung kepada citarasa serta bersesuaian dengan tema mempelai. Anda perlu mencari apa kelebihan tempat anda berbanding dengan tempat-tempat perkahwinan yang lain. Bagi saya mencari kelainan itu amat perlu apa lagi keadaaan sekarang penuh dengan persaingan, apatah lagi dewan perkahwinan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik mereka. Bagi saya, pengantin sangat gembira jika pelamin untuk mereka tidak serupa dengan orang lain. Jadi, saya sedaya upaya menyediakan dekorasi pelamin yang pelbagai warna dan tema yang tidak sama di antara satu sama lain, namun ia tidak melangkaui bajet dan peralatan yang sedia ada. Saya kongsikan patternnya







Saya sukakan pattern yang berstruktur dan kemas berbanding dengan yang tampak meliar.Well itu sahaja untuk kali ini, kita bersua lagi untuk part seterusnya. 

Boleh lihat di 

https://www.facebook.com/terataksalihin52 

untuk lihat dewan kahwin saya.




Wednesday, August 26, 2020

5 Sebab Homestay Anda Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan

Homestay Di Malaysia Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan

Lagi satu hal persiapan perkahwinan adalah tentang bajet. Pastikan anda tetapkan bajet kewangan mengikut kemampuan pasangan dan keluarga anda. Tidak perlu bergolok-gadai. Biar ringkas tetapi meriah! Saban tahun, kos perkahwinan semakin meningkat naik, jadi jika anda merancang untuk berkahwin, pastikan anda mula menyimpan sedikit-sedikit. Untuk berjimat, tengok tips di bawah:

Antara kos yang perlu anda ambil kira di dalam bajet ini adalah seperti di senarai semak persiapan perkahwinan di bawah (ia anggaran kasar semata-mata):

  • Kos hantaran (bagi lelaki) – RM10,000 – RM20,000
  • Kos tempahan dewan – RM 1,000 – RM3,000
  • Kos katering – RM7,000 – RM25,000
  • Kos pelamin – RM 1,000 – RM 15,000
  • Kos mak andam – RM1,000 – RM 3,500
  • Kos sewa baju pengantin – RM1,000 – RM5,500
  • Kos kad kahwin – RM100 – RM1,000
  • Kos dulang hantaran – RM 500 – RM5,000
  • Kos bilik pengantin – RM100 – RM 500
  • Kos sewa hotel/homestay untuk tetamu rapat – RM300 – RM1,000
  • Kos jurugambar – RM1,000 – RM 3,500
  • Kos upah/baju pengapit dan dulang girls/boys – RM300 – RM500
  • Kos penanggah katering (jika ada) – RM500 – RM700
  • Kos berbukan madu (jika mahu) – RM500 – RM1,000

Adakah anda bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini? Namun, anda runsing mencari tempat yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda? Kalau anda nak buat perkahwinan di dewan, anda akan perlu menempah tempat tinggal atau homestay untuk diri anda dan keluarga untuk bersiap, banyak kos yang terpaksa dibelanjakan. Tapi, kalau anda nak jimat, anda boleh je buat di rumah sendiri. Jimat, mudah, dan selesa. Tapi, kena kemas rumah pulak sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Aduh! Tu yang penat sangat tu!
Tak perlu pening-pening. Apa kata kalau anda buat majlis perkahwinan anda di homestay. Homestay? Ya, di homestay! Tahukah anda, selain dari menjadi tempat bermalam dan tempat berkumpul untuk keluarga atau rakan taulan, homestay juga boleh digunakan sebagai tempat untuk majlis perkahwinan anda. Cuba anda bayangkan, khemah di kawasan laman dan pelamin di ruang tamu. Dalam bilik pula ahli keluarga dan anda boleh bersiap. Tak perlu pening nak kemas sebab kos upah kemas pun dah termasuk. Ada pula homestay yang menawarkan pakej menyewa khemah. Haa, elok sangat kan. Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. 

Melihat kepada potensi Homestay dijadikan Tempat Perkahwinan , terdapat beberapa ciri yang menjadikan homestay anda sesuai senagai tempat perkahwinan.

1. Tempat Parking yang luas.



2. Dewan berbumbung tempat persandingan/makan beradab/tempat makan





3. Bilik/ruang untuk penghuni tidur/menginap




4. Sumber air yang banyak/mudah

5. Lokasi tempat tidak menganggu penghuni rumah lain


Jika homestay anda memiliki kelima lima ciri di atas tadi, ini bermakna homestay anda sangat sesuai dijadikan tempat perkahwinan.


Wednesday, July 29, 2020

Homestay sebagai Penginapan Pelancongan Perubatan




Malaysia – Salah Satu Negara Yang Terbaik untuk Pelancongan Perubatan


Pelancongan perubatan merupakan pelancongan di mana seseorang akan melawat dari satu negara ke negara lain untuk tujuan rawatan dan penjagaan untuk pembedahan. Banyak orang seperti mereka yang tinggal di Malaysia pun berkemungkinan tidak tahu bahawa Malaysia ialah salah satu destinasi terkenal yang dicari oleh orang asing untuk mendapatkan rawatan. 
Bukan sahaja rakyat negara asing, rakyat tempatan yang menjalani rawatan juga memerlukan penginapan sepanjang mereka menjalani rawatan di pusat pusat perubatan.
Jika homestay anda berada di kawasan hospital ataupun dikawasan perubatan. Tahukah anda homestay anda berupaya menjana pendapatan secara tidak langsung apabila ianya akan dijadikan tempat menginap utama kepada pesakit pesakit yang menjalani rawatan mungkin beberapa hari dan mungkin juga beberapa minggu. Amat menarik bukan!
Kerajaan telah mula menitikberatkan pelancongan perubatan sebagai salah satu cara diversifikasi ekonomi dalam industri kesihatan dan pelancongan semasa krisis kewangan Asia muncul pada 1997. Dalam 2009, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam mempromosikan dan membangunkan industri pelancongan perubatan negara. MHTC sedang gigih bekerjasama dengan pembekal perubatan dari peninsula Malaysia untuk membangkitkan kesedaran atas perkhidmatan kesihatan Malaysia yang bertaraf dunia.
1
Anda Mungkin Hairan, Mengapa Malaysia?
Zaman sekarang, mata wang Dollar yang semakin mantap dan tiket penerbangan yang lebih murah telah menyebabkan Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai tempat bercuti, malah juga sebagai tempat di mana pesakit luar mendapat rawatan yang berkualiti dengan kos yang rendah. 
Penang dan Kuala Lumpur ialah pusat perubatan utama diikuti oleh Melaka di tempat ketiga. Ketiga-tiga bandar ini mempunyai kemudahan lapangan kapal terbang yang dapat memudahkan pesakit dari luar untuk melawat ke negara kita. 
Begitu juga dengan bandar Kota Bharu Kelantan, ianya berdekatan dengan HUSM ditambah lagi dengan keadaan yang tenang jauh dari kesibukan serta jem, adalah pilihan utama mereka yang berada diluar negeri kelantan untuk datang ke sini mendapatkan rawatan selain dari mengenali kebudayaan tempatan dengan lebih dekat.
Selain itu, Malaysia mempunyai beberapa doktor pakar yang terbaik di Asia. Kebanyakan doktor ini telah menjalani latihan di US, UK atau Australia. Apatah lagi, doktor di sini boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Terdapat beberapa hospital di Penang dan Kuala Lumpur telah menjadi penerima anugerah pertama dalam United States’ prestigious Joint Commission International (JCI).
Malaysia sememangnya tempat pelancongan yang terkenal. Kerajaan Malaysia mempunyai sasaran untuk mencecah jumlah 32 juta pelancong dalam 2017 di mana sebanyak 1 juta orang ialah pelawat perubatan. Memandangkan pelancongan perubatan banyak melibatkan pelancong yang  berpendapatan tinggi dari negara maju atau negara yang sedang membangun, mereka dapat membawa keuntungan kepada perniagaan tempatan terutamanya mereka yang menyediakan perkhidmatan hospitaliti.
Berdasarkan MHTC, Malaysia ialah salah satu destinasi utama di dunia untuk pelancongan perubatan diikuti oleh negara seperti Costa Rica, Columbia, Mexico dan Thailand.
2
Pelancongan Perubatan Sedang (Masih) Membangun Di Malaysia
Berdasarkan surat khabar tempatan TheStar, rawatan yang biasa dicari ialah cardiology, orthopaedics, in-vitro fertilization (IVF), neurology, oncology, dentistry, cosmetic surgery dan health screenings. CEO Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) – Sherene Azura Azli mengatakan bahawa negara kita dapat melihat angka dalam pelancongan perubatan akan meningkat.
Malaysia telah memenangi Best Medical Travel Award untuk 3 tahun berturut-turut. (2015-2017)



3
The International Medical Travel Journal (IMTJ) Awards 2017 telah dianugerahkan kepada CEO MTC, Sheren Azli (center) TheStar

Malaysia mempunyai ekosistem dan infrastruktur untuk membekalkan sistem dan perkhidmatan perubatan berkualiti yang mampu bertanding secara global.” – Sheren Azli, CEO of MHTC.
Beberapa penyataan daripada Sheren Azli.
  • Dalam 2016, lebih daripada 860,000 pelancong perubatan mendapatkan rawatan di Malaysia. Hal ini telah menjana RM 1 bilion pendapatan daripada pelancongan perubatan untuk negara kita.
  • Dalam 2017, anggaran sebanyak 1 juta orang pelancong perubatan akan melawat ke Malaysia dan dijangka membawa pendapatan berjumlah RM 1.3 bilion kepada negara.
  • Pesakit luar akan menggunakan lebih kurang RM 1000 dalam kos perubatan untuk setiap rawatan, tidak termasuk perbelanjaan lain di Malaysia.
  • Secara puratanya, seorang pelancong perubatan akan memberi sumbangan sebanyak dua kali ganda kepada ekonomi Malaysia kalau dibandingkan dengan pelancong biasa.
  • Terdapat 30% pertumbuhan tahunan dalam pelancongan perubatan.
  • Hospital-hospital swasta di Malaysia mempunyai jangkaan 15,000 katil.
4
Apa Yang Homestay/hotel Boleh Buat untuk Menarik Pelancong-pelancong Perubatan?
Memahami latar belakang mereka.
Anda perlu jelas akan negara asal mereka, jangka musim mereka datang untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Selepas mereka tinggal di homestay anda, boleh cuba membuat promosi memandangkan mereka telah mengetahui nama homestay anda. Anda dapat memberi harga khas atau kod promo supaya mereka akan membuat direct booking pada masa depan. Hal ini kerana terdapat besar kemungkinan pelancong tersebut akan datang balik melawat ataupun mereka akan mengesyorkan kepada kawan mereka. Anda akan sedar bahawa kosnya lebih rendah kalau dibandingkan dengan hanya bergantung kepada Online Travel Agency . Tambahan pula, pelancong perubatan ialah pelanggan yang berpotensi akan pulang semula.
Memberi perkhidmatan hospitaliti yang terbaik kepada pelanggan.
Apabila mereka daftar keluar dari homestay, anda boleh meminta mereka untuk meninggalkan ulasan bagi homestay anda. Lebih banyak ulasan yang baik akan menggalakkan lebih banyak pelanggan untuk menempah homestay anda daripada homestay lain. Satu kajian menyatakan bahawa seorang pelanggan akan membaca paling kurang 6 ulasan sebelum bercadang untuk membuat online booking.
Bukan semua pelancong perubatan akan tinggal di hotel 5 bintang.
Ada juga yang lebih gemar tinggal di hotel bajet atau hotel sederhana ataupun homestay. Hotel sederhana juga dapat memberi sesuatu sebagai tanggapan baik kepada pelancong perubatan. Pihak hotel dapat mengosongkan bilik unit aras bawah bagi pesakit khas yang tidak mampu berjalan banyak. Jika anda memiliki homestay aras bawah, ia kelebihan bagi anda.

Mempunyai laman web hotel anda sendiri.  
Hal ini amat penting dalam memberi gambaran yang baik kepada pelanggan supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang lain semasa membuat keputusan. Menyenaraikan homestay anda di laman web atau memiliki blog sendiri hanya akan merancakkan persaingan antara homestay dalam industri yang sama. 
sekian homestay salihin
https://zunianti.blogspot.com/

Cara untuk Memaparkan Homestay Anda di Google.

Cara untuk Memaparkan Homestay atau Hotel Anda di Google.


Tahukah anda, dengan memaparkan homestay atau hotel pada Google Map merupakan salah satu cara untuk memaklum pihak Google bahawa anda menawarkan perkhidmatan penginapan di sesetengah tempat atau daerah bergantung kepada tempat yang dicari oleh pengguna Google? 
Google Map yang diperkenalkan oleh Google telah mempunyai hampir 1 billion pengguna setiap tahun. Bukan itu sahaja, Google juga memiliki Waze, iaitu aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna internet hari ini.
Setiap pengguna Google boleh mencadangkan sebarang perubahan terhadap perkhidmatan tersebut dengan menambah tempat baru atau menukar alamat penginapan tersebut.
Ciri ini sangat berguna dan mendatangkan manfaat kepada pengguna Google kerana ia membantu pelanggan atau rakan perniagaan anda untuk mendapatkan maklumat tentang kedudukan homestay atau hotel anda.
Jika homestay atau hotel anda masih belum dipaparkan pada Google Map, anda boleh mengikuti langkah- langkah berikut:
Langkah 1: Layari laman web Google Map. (Pastikan anda memiliki akaun Gmail dan anda telah log masuk menggunakan peranti seperti telefon bimbit, laptop atau sebagainya.)
Langkah 2: Cari tempat atau daerah yang berdekatan dengan kedudukan homestay atau hotel anda.
Langkah 3: “Right click” atau klik di kanan tetikus (atau tekan lama pada skrin telefon pintar anda) pada peta dan klik pada “Add a missing place”.
Langkah 4: Isikan nama dan alamat homestay atau hotel anda ke dalam ruang yang disediakan. Sila pastikan anda mengisi bandar, negeri dan Zip Code (jika perlu). Semakin banyak maklumat yang anda sertakan tepat, semakin cepat pihak Google mengesahkan kewujudan alamat homestay atau hotel anda. Anda juga boleh mengisi kategori, nombor telefon, laman web dan waktu perniagaan anda beroperasi (jika ada).
Jika anda mempunyai Facebook page, boleh gantikan website dengan URL Facebook page anda.
Langkah 5: Hantar maklumat anda dengan menekan butang “Submit”.
Perhatian: Cadangan untuk memaparkan homestay atau hotel anda tidak akan wujud pada Google Map serta-merta. Pihak Google akan ambil masa selama 1 hingga 2 minggu untuk mengesahkan permohonan anda sebelum ia paparkan. Anda akan menerima E-mel sama ada permohonan anda berjaya atau tidak dalam masa 2 minggu. 
Seterusnya, tuntut perniagaan anda di Google Map (Cara untuk menguruskan perniagaan anda “di” Google Map).
Selepas Google menerima permohonan untuk memaparkan homestay atau hotel anda pada Google Map, anda boleh mengawal maklumat yang ingin paparkan. Oleh sebab Google membenarkan mana-mana pihak untuk mencadangkan sebarang perubahan pada maklumat homestay atau hotel anda pada Google Map, sesetengah pihak mungkin tersilap mengubah atau mengisi maklumat homestay atau hotel anda.
Justeru itu, dengan menuntut perniagaan anda pada Google Map, anda berhak untuk mengawal maklumat perniagaan anda supaya maklumat yang dipaparkan adalah jelas dan tepat. 
Terdapat langkah- langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan ‘free business listing’ bagi homestay atau hotel anda di Google.
Langkah 1: Layari laman web Google Map dan cari nama hotel atau homestay anda. Kemudian klik pada ‘Claim This Business’.
Langkah 2: Google akan menghantar poskad kepada anda untuk mengaktifkan perniagaan anda di Google Map.
Peringatan: Sila pastikan alamat yang diberikan adalah betul dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk sampai kepada anda.
Sebaik sahaja anda menerima “poskad” daripada Google,
Langkah 3: Layari laman web, Google Business dan log masuk dengan menggunakan akaun Gmail anda. Kemudian, anda perlu mengesahkan alamat anda menggunakan kod yang telah diberikan dalam poskad yang telah anda terima. 
Tahniah!
Kini, anda boleh mula mengurus maklumat perniagaan homestay atau hotel anda di Google.
Jika ada mana-mana pihak pengguna ingin mencadangkan dan menukar maklumat homestay atau hotel anda, anda akan menerima Emel daripada pihak Google untuk mengesahkan atau menolak cadangan tersebut.
Sekian terima kasih



9 Petua Untuk Meningkatkan Tempahan Homestay Anda


9 Petua Untuk Meningkatkan Tempahan Homestay Anda



Penyewaan homestay dan percutian kini menjadi trend dalam industri pelancongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kemungkinan besar kerana inap desa dapat menampung keluarga besar dan menawarkan banyak kemudahan kepada pelancong.

Selain itu, mereka juga mencari tempat penginapan yang lebih selesa dan selesa atau ringkasnya, "jauh dari rumah" ketika mereka melakukan perjalanan.

Memulakan perniagaan homestay boleh dilakukan dengan mudah apabila anda mempunyai bilik atau rumah kosong. Walau bagaimanapun, mengekalkan perniagaan dan mengisi kekosongan jawatan boleh menjadi cabaran bagi setiap pemilik homestay. Tetapi jangan risau, untuk menjimatkan masa dan usaha anda, kami telah mengemukakan beberapa petua untuk membantu anda mengisi homestay anda dan mungkin meningkatkan penjualan anda.

1. Membuat tema atau gaya

Pertama, banyak pemilik homestay menganggap ini tidak perlu tetapi sebenarnya, dengan melakukan beberapa usaha untuk menerapkan dan mempercantik homestay anda mengikut tema tertentu, ini boleh menjadi pengubah permainan.

                 tema Vintage

Pengubahsuaian homestay boleh menjadi proses yang menarik terutamanya apabila anda mempunyai tema. Petua ini sangat disyorkan untuk pemilik homestay yang menjalankan perniagaan di pinggir bandar atau jauh dari tempat tarikan pelancong. Apa yang mesti anda buat? Anda menjadikan homestay anda menjadi tarikan pelancong.

Dapatkan bantuan daripada perunding dalaman profesional jika anda perlu menjalankan idea!

2. Kebersihan dan Penyelenggaraan

Ini mungkin petua yang paling asas tetapi jangan terkejut apabila ada pemilik yang gagal memahami perkara ini dan mempertimbangkannya. Kami mempunyai sejumlah pemilik homestay yang tidak akan memahaminya dan bersedia melakukan usaha yang baik dalam menjaga keadaan homestay mereka.

Potong rumput itu, bersihkan permaidani itu, baiki paip yang bocor dan lakukan apa sahaja yang boleh menjadikan keadaan homestay anda kelihatan seperti pertama kali membelinya. Ini dapat mengurangkan kebarangkalian tetamu mengadu tentang penyaman udara yang salah dan pelancong juga suka kembali ke homestay yang terawat dengan baik. Sentiasa.



3. Menyediakan kemudahan yang diperlukan

Hari-hari ini, kita dapat dengan mudah menemukan homestay yang setinggi hotel dan kadang-kadang lebih baik lagi. Kami telah menyedari bahawa banyak homestay mula menyediakan kemudahan asas seperti tuala mandi, syampu, gel badan dan lain-lain. Penyediaan terperinci dan teliti akan membuat perbezaan dalam penjualan anda di mana selain membandingkan harga, perkara seterusnya yang dilakukan oleh pelancong adalah membandingkan kemudahan yang ditawarkan oleh homestay sebelum membuat pilihan mereka.

Jangan berhenti membaca kerana kami akan mendedahkan beberapa petua mengenai kemudahan terbaik yang dicari setiap pelancong. Itulah kelebihan apabila homestay anda memilikinya.




Mempunyai sambungan Wifi. Ini tidak diragukan lagi adalah kemudahan utama yang dicari oleh setiap pelancong pada era media digital yang semakin pesat ini. Melabur dalam sambungan Internet yang baik dan mula melihat penjualan anda berjalan lancar. Kemudahan lain yang patut dipertimbangkan dan dilaburkan adalah peralatan bbq, papan seterika, pengering rambut, kemudahan memasak dan tentu saja, penyaman udara di setiap bilik.

4. Muat naik gambar yang baik di homestay anda

Mempunyai gambar yang baik dari homestay anda adalah aset terbesar untuk perniagaan homestay yang berjaya. Foto yang bagus membantu memberikan kesan pertama yang hebat kepada pelancong ketika mereka membuat tempahan. Sekiranya anda belum mengambil foto homestay anda secara profesional, anda harus mula memikirkan untuk mengambil profesional untuk melakukannya. Mana-mana jurugambar yang baik akan melakukannya dalam kes ini kerana anda hanya memerlukan satu set gambar berkualiti tinggi dan bagus di homestay anda untuk semua tujuan pemasaran anda. Sekiranya anda menganggap anda seorang jurugambar yang cukup baik, anda mungkin melakukannya sendiri!


Sekiranya anda tidak pasti mengenai foto yang harus anda siapkan, berikut petua ringkas:

2 gambar bahagian luar homestay anda


1 gambar ruang tamu
1 gambar dapur
1 gambar setiap bilik
1 gambar setiap bilik mandi
2-3 gambar kawasan umum, taman, tempat letak kereta, kolam renang

5. Media sosial

Semakin meningkatnya usia teknologi menjadikan kita lebih mudah untuk mempromosikan perniagaan kita secara dalam talian dan cara termudah dan paling murah adalah melalui media sosial. Membuat halaman atau akaun untuk homestay anda adalah mudah dan yang lebih penting ialah anda boleh membuat seberapa banyak halaman (jika anda memiliki banyak homestay) yang anda perlukan secara percuma. Anda pada dasarnya membina platform untuk semua rancangan pemasaran dalam talian masa depan anda dengan kos sifar. Walaupun begitu, kami mencadangkan tidak lebih daripada akaun atau halaman untuk homestay yang sama untuk mengelakkan kekeliruan.

Selain itu, lebih mudah untuk menghubungi customer melalui media sosial terutamanya apabila platform ini menawarkan ciri pesanan kerana sekali lagi, pertukaran mesej di media sosial biasanya percuma. Jangan lupa, berkongsi dan menyiarkan gambar homestay anda juga percuma.

6. Menerima tempahan dalam talian

Sekarang kita mempunyai akses ke Internet dan media sosial, banyak pemilik homestay mula menerima tempahan dalam talian secara manual melalui media sosial dan aplikasi pesanan. Namun, boleh menjadi tekanan untuk memproses tempahan pada musim puncak dan cuti umum apabila anda melakukannya secara manual.

Di sinilah penyelamatan platform tempahan yang disediakan oleh agensi pelancongan dalam talian (OTA) boleh digunakan. OTA membantu pemilik homestay mengisi kekosongan mereka dengan menyenaraikan homestay di laman web mereka dan pada masa yang sama, memproses sebarang tempahan yang melalui sistem tempahan dalam talian mereka. Penyenaraian di OTA membolehkan pemilik homestay mendapat lebih banyak pendedahan dan menjangkau pelancong dengan lebih mudah tetapi secara serentak, homestay anda akan lebih cenderung kepada persaingan kerana anda akan disenaraikan bersama dengan homestay lain.


7. Segerakkan kalendar antara OTA menggunakan iCAL

Sebilangan besar pemilik yang menjalankan inap desa atau sewa percutian cuba mengiklankan perniagaan mereka di beberapa lokasi. Semakin banyak tempat yang anda dapat dijumpai dan ditempah, semakin banyak tempahan yang mungkin menarik bagi anda. Tetapi dengan meningkatkan pendedahan anda secara dalam talian, anda juga boleh meningkatkan risiko tempahan berlebihan.

Dengan iCalender (iCal), anda dapat menyegerakkan kalendar tempahan anda antara OTA (mis. Agoda, Booking.com, AirBnB, LetsGoHoliday.my dll). iCal berfungsi dengan baik kerana digunakan untuk menyimpan tempahan tetamu di kalendar tempat penginapan ini. Sejak tempahan dibuat, iCal akan mencatatnya dan ditambahkan ke kalendar tempat penginapan ini. Anda tidak perlu mengemas kini ketersediaan anda secara manual di semua saluran. Ini menjimatkan masa anda dan bilik anda cenderung terlalu banyak dipesan.


8. Menawarkan program kesetiaan seperti Kod Promosi

Program kesetiaan seperti kod promo, kupon dan ganjaran adalah kaedah terbaik untuk mengembangkan asas pelanggan anda. Sudah tentu, sebagai pemilik perniagaan, adalah idea yang buruk untuk memberikan sesuatu secara percuma atau diskaun, tetapi apabila anda menggunakan kod promo untuk perniagaan anda, mereka dapat menjadi sangat efektif dalam menarik pelanggan baru dan meningkatkan penjualan anda.


Sebagai contoh, jika anda ingin mendorong tetamu anda untuk tinggal lebih lama, anda boleh membuat kod promosi yang menawarkan percuma malam tambahan atau diskaun 20% pada malam ke-3 apabila mereka menempah sekurang-kurangnya 2 malam. Selain itu, anda juga boleh membuat potongan harga awal untuk meningkatkan pendapatan dan mendorong para tetamu untuk membuat tempahan lebih awal. 


9. Memberi sambutan kepada tetamu sebelum menyerahkan kunci


Memberi sambutan hangat kepada tetamu anda sebelum menyerahkan kunci juga merupakan kaedah mudah untuk mendapatkan lebih ramai tetamu melalui inap desa anda. Ucapan mesra dapat meninggalkan kesan pertama yang positif dan juga mendorong mereka untuk membuat pesanan dengan anda pada waktu berikutnya dan bukannya pergi ke homestay lain.

Luangkan masa untuk menawarkan sesuatu kepada tetamu anda semudah minum teh atau kopi ketika mereka tiba. Atau, berikan buku panduan atau peta destinasi pelancongan tempatan untuk membantu tetamu anda mendapatkan info terbaik tempat  untuk dikunjungi dan bagaimana cara menuju ke sana.

terima kasih

servis itu perniagaan






 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni