Wednesday, July 29, 2020

Homestay sebagai Penginapan Pelancongan Perubatan




Malaysia – Salah Satu Negara Yang Terbaik untuk Pelancongan Perubatan


Pelancongan perubatan merupakan pelancongan di mana seseorang akan melawat dari satu negara ke negara lain untuk tujuan rawatan dan penjagaan untuk pembedahan. Banyak orang seperti mereka yang tinggal di Malaysia pun berkemungkinan tidak tahu bahawa Malaysia ialah salah satu destinasi terkenal yang dicari oleh orang asing untuk mendapatkan rawatan. 
Bukan sahaja rakyat negara asing, rakyat tempatan yang menjalani rawatan juga memerlukan penginapan sepanjang mereka menjalani rawatan di pusat pusat perubatan.
Jika homestay anda berada di kawasan hospital ataupun dikawasan perubatan. Tahukah anda homestay anda berupaya menjana pendapatan secara tidak langsung apabila ianya akan dijadikan tempat menginap utama kepada pesakit pesakit yang menjalani rawatan mungkin beberapa hari dan mungkin juga beberapa minggu. Amat menarik bukan!
Kerajaan telah mula menitikberatkan pelancongan perubatan sebagai salah satu cara diversifikasi ekonomi dalam industri kesihatan dan pelancongan semasa krisis kewangan Asia muncul pada 1997. Dalam 2009, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam mempromosikan dan membangunkan industri pelancongan perubatan negara. MHTC sedang gigih bekerjasama dengan pembekal perubatan dari peninsula Malaysia untuk membangkitkan kesedaran atas perkhidmatan kesihatan Malaysia yang bertaraf dunia.
1
Anda Mungkin Hairan, Mengapa Malaysia?
Zaman sekarang, mata wang Dollar yang semakin mantap dan tiket penerbangan yang lebih murah telah menyebabkan Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai tempat bercuti, malah juga sebagai tempat di mana pesakit luar mendapat rawatan yang berkualiti dengan kos yang rendah. 
Penang dan Kuala Lumpur ialah pusat perubatan utama diikuti oleh Melaka di tempat ketiga. Ketiga-tiga bandar ini mempunyai kemudahan lapangan kapal terbang yang dapat memudahkan pesakit dari luar untuk melawat ke negara kita. 
Begitu juga dengan bandar Kota Bharu Kelantan, ianya berdekatan dengan HUSM ditambah lagi dengan keadaan yang tenang jauh dari kesibukan serta jem, adalah pilihan utama mereka yang berada diluar negeri kelantan untuk datang ke sini mendapatkan rawatan selain dari mengenali kebudayaan tempatan dengan lebih dekat.
Selain itu, Malaysia mempunyai beberapa doktor pakar yang terbaik di Asia. Kebanyakan doktor ini telah menjalani latihan di US, UK atau Australia. Apatah lagi, doktor di sini boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Terdapat beberapa hospital di Penang dan Kuala Lumpur telah menjadi penerima anugerah pertama dalam United States’ prestigious Joint Commission International (JCI).
Malaysia sememangnya tempat pelancongan yang terkenal. Kerajaan Malaysia mempunyai sasaran untuk mencecah jumlah 32 juta pelancong dalam 2017 di mana sebanyak 1 juta orang ialah pelawat perubatan. Memandangkan pelancongan perubatan banyak melibatkan pelancong yang  berpendapatan tinggi dari negara maju atau negara yang sedang membangun, mereka dapat membawa keuntungan kepada perniagaan tempatan terutamanya mereka yang menyediakan perkhidmatan hospitaliti.
Berdasarkan MHTC, Malaysia ialah salah satu destinasi utama di dunia untuk pelancongan perubatan diikuti oleh negara seperti Costa Rica, Columbia, Mexico dan Thailand.
2
Pelancongan Perubatan Sedang (Masih) Membangun Di Malaysia
Berdasarkan surat khabar tempatan TheStar, rawatan yang biasa dicari ialah cardiology, orthopaedics, in-vitro fertilization (IVF), neurology, oncology, dentistry, cosmetic surgery dan health screenings. CEO Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) – Sherene Azura Azli mengatakan bahawa negara kita dapat melihat angka dalam pelancongan perubatan akan meningkat.
Malaysia telah memenangi Best Medical Travel Award untuk 3 tahun berturut-turut. (2015-2017)



3
The International Medical Travel Journal (IMTJ) Awards 2017 telah dianugerahkan kepada CEO MTC, Sheren Azli (center) TheStar

Malaysia mempunyai ekosistem dan infrastruktur untuk membekalkan sistem dan perkhidmatan perubatan berkualiti yang mampu bertanding secara global.” – Sheren Azli, CEO of MHTC.
Beberapa penyataan daripada Sheren Azli.
  • Dalam 2016, lebih daripada 860,000 pelancong perubatan mendapatkan rawatan di Malaysia. Hal ini telah menjana RM 1 bilion pendapatan daripada pelancongan perubatan untuk negara kita.
  • Dalam 2017, anggaran sebanyak 1 juta orang pelancong perubatan akan melawat ke Malaysia dan dijangka membawa pendapatan berjumlah RM 1.3 bilion kepada negara.
  • Pesakit luar akan menggunakan lebih kurang RM 1000 dalam kos perubatan untuk setiap rawatan, tidak termasuk perbelanjaan lain di Malaysia.
  • Secara puratanya, seorang pelancong perubatan akan memberi sumbangan sebanyak dua kali ganda kepada ekonomi Malaysia kalau dibandingkan dengan pelancong biasa.
  • Terdapat 30% pertumbuhan tahunan dalam pelancongan perubatan.
  • Hospital-hospital swasta di Malaysia mempunyai jangkaan 15,000 katil.
4
Apa Yang Homestay/hotel Boleh Buat untuk Menarik Pelancong-pelancong Perubatan?
Memahami latar belakang mereka.
Anda perlu jelas akan negara asal mereka, jangka musim mereka datang untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya. Selepas mereka tinggal di homestay anda, boleh cuba membuat promosi memandangkan mereka telah mengetahui nama homestay anda. Anda dapat memberi harga khas atau kod promo supaya mereka akan membuat direct booking pada masa depan. Hal ini kerana terdapat besar kemungkinan pelancong tersebut akan datang balik melawat ataupun mereka akan mengesyorkan kepada kawan mereka. Anda akan sedar bahawa kosnya lebih rendah kalau dibandingkan dengan hanya bergantung kepada Online Travel Agency . Tambahan pula, pelancong perubatan ialah pelanggan yang berpotensi akan pulang semula.
Memberi perkhidmatan hospitaliti yang terbaik kepada pelanggan.
Apabila mereka daftar keluar dari homestay, anda boleh meminta mereka untuk meninggalkan ulasan bagi homestay anda. Lebih banyak ulasan yang baik akan menggalakkan lebih banyak pelanggan untuk menempah homestay anda daripada homestay lain. Satu kajian menyatakan bahawa seorang pelanggan akan membaca paling kurang 6 ulasan sebelum bercadang untuk membuat online booking.
Bukan semua pelancong perubatan akan tinggal di hotel 5 bintang.
Ada juga yang lebih gemar tinggal di hotel bajet atau hotel sederhana ataupun homestay. Hotel sederhana juga dapat memberi sesuatu sebagai tanggapan baik kepada pelancong perubatan. Pihak hotel dapat mengosongkan bilik unit aras bawah bagi pesakit khas yang tidak mampu berjalan banyak. Jika anda memiliki homestay aras bawah, ia kelebihan bagi anda.

Mempunyai laman web hotel anda sendiri.  
Hal ini amat penting dalam memberi gambaran yang baik kepada pelanggan supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang lain semasa membuat keputusan. Menyenaraikan homestay anda di laman web atau memiliki blog sendiri hanya akan merancakkan persaingan antara homestay dalam industri yang sama. 
sekian homestay salihin
https://zunianti.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni