Tuesday, May 9, 2023

Tips Pengusaha Dewan Perkahwinan Part 1


 Menjadi wedding planner atau perancang majlis perkahwinan adalah tidak semudah yang disangkakan. Terlalu banyak perkara yang perlu diperincikan dan diperhatikan. Iya sangat berbeza dengan pengusaha homestay yang juga berfungsi sama dengan pengusaha tempat majlis perkahwinan. Perancang perkahwinan yang juga pengusaha majlis perkahwinan bukan sahaja perlu merancang perancangan majlis tetapi harus berinteraksi dengan feel perangai customer bukan sahaja sebelum, semasa malahan selepas majlis kahwin berlangsung.

Saya akan usulkan beberapa tips yang mungkin mengambil sedikit masa untuk saya menulis setelah sekian lama menyepi apatah lagi, negara kita baru sahaja perkembangan bisnes perkahwinan semakin meningkat setelah COVID 19. Menjadi pengusaha homestay sangatlah menarik dan bagi saya ia tidak begitu membebankan jika kita pandai menentukan peraturan kepada penghuni homestay. Homestay kita yang berantakan selepas digunakan, itu sudah lumrah manusia. Umpama habis madu sepah dibuang. Madu yang diberi, tuba yang dibalas. Oleh itu ketika check in atau semasa booking pastikan customer menyatakan ic nya, bukan kita saja- saja- atau nak berkenalan tetapi sebagai langkah berjaga- jaga. Begitu juga dengan bayaran deposit security juga wajib sebagai cagaran mana tahu perkara diluar pemikiran terjadi. Homestay kita pandai pandailah kita menetapkan peraturan ya.

Okey kita berbalik kepada pengusaha tempat perkahwinan. Pada pendapat saya memang terlalu banyak tempat atau dewan kahwin yang menyediakan perkhidmatan mereka masing- masing dan setiap tempat itu memilik fungsi dan kelebihan yang berbeza- beza dan niche customer juga tidak sama malahan berbeda- beda. Jadi, jangan terasa rendah diri jika homestay atau tempat kita tidak seindah tempat orang.

Homestay yang sedia ada boleh dijadikan tempat kahwin yang cantik jika memiliki ciri-ciri seperti binaan rumah yang unik, kawasan yang luas serta memiliki infrastruktur yang lengkap. Untuk menambahbaik homestay menjadi tempat kahwin, anda boleh melakukan dengan dua cara iaitu sama ada melakukan pinjaman ataupun menambah kelengkapannya sedikit demi sedikit. 

Melakukan pinjaman memang senang untuk dilakukan namun sangat sukar untuk membayarnya nanti, apatah lagi ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Keuntungan  yang didapati untuk majlis kahwin seperti ini adalah mengikut musim- musimnya sahaja, jika kita tidak dapat survive ketika diluar musim, pasti buntu fikiran bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut. Bagi saya, saya pilih buat secara beransur- ansur, maksudnya setiap waktu itu ada pembaharuan yang anda lakukan pada tempat anda, jika duit lebih tambah lebih banyak jika duit kurang stop dahulu dan lakukan kemudiannya. Anda bebas hutang dan tidak akan terbeban dengan ketiadaan customer, enggak apa- apa- jika anda melihat tempat lain rancak dengan majlis dan acara sedangkan tempat anda sendu sahaja. Tiga tahun pertama adalah zaman penentu jatuh bangun bisnes anda.

Jika anda memilih untuk memulakan bisnes sebagai owner tempat kahwin tetapi dengan cara melakukannya sendiri tanpa melakukan pinjaman, tapi anda pasti punya punca pendapatan bulanan. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah melengkapkan kelengkapan yang perlu ada pada suatu tempat perkahwinan itu. Baik anda sudah ada tempat kediaman tapi belum ada lagi pelamin atau Dewan Pelamin.

Wujudkan dewan pelamin, anda boleh bina dewan tertutup atau terbuka. Saya sarankan bina dewan pelamin tertutup. Jika tempat anda kawasannya luas dan terbuka, tempat terbuka jadikan tempat tetamu makan, Dewan pelamin tertutup dan berhawa dingin khusus untuk pelamin dan tempat pengantin bergambar supaya tak cair make up pengantin, juga untuk keselesaan mempelai. 


Ada sebahagian tempat kahwin yang menyediakan pelaminnya sendiri, maksudnya pelamin dengan design serta warnanya telah disediakan dan ditetapkan oleh pihak owner. Mereka akan hias dewan tertutup mereka dengan pelbagai jenis jambangan bunga dan dekorasi. Anda juga boleh menyediakan ya juga, jika kurang berkemampuan boleh menggunakan perkhidmatan bridal- bridal yang lain. Pada awal pembabitan saya dalam bisnes ini, tidak punya banyak kelengkapan untuk menyediakan dekorasi pelamin sendiri. Jadi saya serah kepada pihak pengantin untuk mengupah bridal dekorasikan pelamin mereka. Lama- Kelamaan, saya perhatikan hasilan gubahan pelamin dari bridal, bukan maksud saya untuk memburukkan sesiapa. Adalah tidak berbaloi pengantin membayar harga mahal tetapi hasilannya kurang memuaskan. Dari situ saya bertekad untuk menghasilkan dekorasi pelamin sendiri.


Mereka pelamin sendiri bukanlah semudah yang disangkakan walaubagaimanapun kita boleh belajar design melalui YouTube, TikTok dan sebagainya. Bunga hydrangea, rose, piony dan pelbagai jenis daun kita boleh dapatkan di kedai berhampiran atau order melalui shopee maupun Lazada. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati- hati jika memesan melalui online takut tersalah beli dan tidak menepati citarasa. 

Untuk menghasilkan dekorasi pelamin sudah tentu memerlukan banyak bunga. Anda juga boleh menyediakan props yang minima dibelakang pelamin. Bagi saya pelamin yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan dewan atau tempat kahwin yang kita bina. Kita juga perlu tahu 'niche' atau target customer kita. Saya hanya menetapkan target customer yang mahukan majlis yang sederhana, tidak begitu besar dan mampu milik. Jika customer punya citarasa besar, mahukan majlis yang meriah serta pelamin sebesar dewan, tempat saya tidak boleh menghasilkan itu semua. Jadi saya sarankan ke tempat yang lebih bagus. Menyediakan perkhidmatan terbaik untuk niche customer kita juga merupakan satu ibadah dalam Islam, kita memudahkan urusan orang lain.

Walaubagaimanapun kita boleh menghasilkan pelbagai dekorasi pelamin bergantung kepada citarasa serta bersesuaian dengan tema mempelai. Anda perlu mencari apa kelebihan tempat anda berbanding dengan tempat-tempat perkahwinan yang lain. Bagi saya mencari kelainan itu amat perlu apa lagi keadaaan sekarang penuh dengan persaingan, apatah lagi dewan perkahwinan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik mereka. Bagi saya, pengantin sangat gembira jika pelamin untuk mereka tidak serupa dengan orang lain. Jadi, saya sedaya upaya menyediakan dekorasi pelamin yang pelbagai warna dan tema yang tidak sama di antara satu sama lain, namun ia tidak melangkaui bajet dan peralatan yang sedia ada. Saya kongsikan patternnya







Saya sukakan pattern yang berstruktur dan kemas berbanding dengan yang tampak meliar.Well itu sahaja untuk kali ini, kita bersua lagi untuk part seterusnya. 

Boleh lihat di 

https://www.facebook.com/terataksalihin52 

untuk lihat dewan kahwin saya.




No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni