Sepuluh tahun kemudian trend majlis perkhawinan telah berubah iaitu ramai keluarga mengadakan majlis secara kecil-kecilan dibantu oleh keluarga sendiri. Keadaan seperti ini banyak berlaku di kawasan bandar ataupun kawasan perumahan. Walaubagaimanapun majlis kahwin secara bergotong-royong atau merewang masih lagi diamalkan sehingga kini disesetengah tempat.
Namun begitu aktiviti merewang sudah semakin dilupakan apabila ramai ibubapa memilih pakej dari tempat kahwin bagi mengadakan majlis perkahwinan anak mereka. Pemilihan wedding planner atau pemilihan dewan untuk majlis kahwin adalah disebabkan beberapa faktor seperti sibuk dengan kerja, penat kerana sudah berusia, tiada saudara hendak membantu dan faktor persekitaran iaitu kawasan rumah yang sempit.
Terdapat beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh bakal pengantin untuk memilih tempat kahwin yang sesuai.
1. Dapatkan izin dari ibubapa
Nampak masalah kecil, sebenarnya ibubapa juga perlu dibawa bincang kerana majlis kahwin bukan majlis kita seorang sahaja tetapi melibatkan kedua belah pihak. Pandangan dan restu ibubapa harus di ambil kira juga.
2. Faktor kewangan
Faktor ini sangatlah penting, berapa yang boleh kita keluarkan untuk majlis kahwin kita bakal menentukan dewan mana yang harus kita pilih. Jika duit simpanan kita banyak, kita boleh pilih dewan yang lebih besar yang menyediakan semua perkhidmatan dari segi makanan, penginapan, makeup, busana, fotografer, door gift, pelamin dan meja beradab. Jika kita perlu berjimat dan pada masa yang sama ingin majlis kita berjalan lancar dengan tidak perlu bersusah payah dan berpenat lelah boleh memilih pakej yang yang menawarkan servis seperti pelamin, catering, dewan dan penginapan.
3. Faktor jarak
Faktor jarak tempat kahwin dengan rumah kita juga amatlah penting. Bagi pengantin perempuan dinasihati supaya memilih dewan perkahwinan dekat dengan rumah mereka untuk memudahkan urusan samada semasa untuk majlsi akad nikah ataupun majlis resepsi.
4. Catering/lauk-pauk
Sebelum ini kita pernah dengar isu catering scammer tak hantar lauk-pauk bayaran semua dah langsai, bila telefon senyap tak dijawab. Hal ini sangat mengerikan, pilihlah pakej dewan yang kita boleh lihat pengguna letak komen positif. Sebelum inipun ramai yang telah mengadakan pelbagai majlis di tempat mereka. Jangan terpedaya dengan janji manis pihak catering yang nak bagi harga murah dengan menu yang bermacam-macam seperti RM10-RM14 perhead teramat murah. Kos menyediakan bahan mentah bukannya murah sekarang ini, apa lagi jika gulai kawah menggunakan daging tempatan sahaja tanpa dicampur dengan bahan- bahan lain. Jadi berhati-hati murah mungkin dari segi kuantiti dan kualiti kurang, kita tempah 500 orang tapi tak sampai 200 orang makan dah licin. Pastikan juga pihak catering menyediakan "jong kako" iaitu pembantu semasa majlis berlangsung. Perlu dipastikan juga servis pihak catering berapa lama 5 jam, 6 jam atau sehingga lauk habis senang kita nak rancang, yang penting pastikan lauk pauknya sedap.
4. Masa dewan beroperasi
Ramai pengusaha dewan kahwin yang memberi perkhidmatan mereka sehari sahaja, ada yang telah tetapkan masa antara jam 10pg hingga 5 petang sahaja, ada juga yang bagi penginapan percuma semalaman dan ada juga yang menyediakan penginapan 2 mlm maknanya keluarga pengantin boleh berada disitu selama 3 hari 2 mlm. Kita kena rancang dan cari tempat yang bersesuaian dengan keperluan kita, jika tempat kahwin dekat dengan rumah dan tiada saudara- mara dari jauh maka sehari sudah cukup majlis kita. Jika ada saudara mara yang nak rehat tidur pilihlah tempat kahwin yang menyediakan penginapan.
5. Pelamin
Bagi mereka yang memilih dewan atau tempat kahwin di luar kediaman, selalunya pelamin pemilik dah sediakan. Ada pemilik dewan yang ikut citarasa kita sanggup tukar pelamin setiap kali majlis kahwin berlangsung. Ada juga yang guna pelamin yang sama walau berpuluh- puluh perkahwinan diadakan, tukar sekali sebulan atau tidak pernah tukar kecuali pelamin semakin kurang ceria baru ditukar design baharu. Semua ini bergantung kepada pemilihan kita, jika kita tak ingin pelamin kita sama dengan yang lain maka carilah tempat yang owner sanggup menukar design pelamin lain khas untuk kita.
6. Bilangan tetamu
Saya rasa faktor ini ramai yang terlepas pandang. Jika kita bercadang nak buat majlis secara kecil-kecilan jemput adik beradik, keluarga terdekat dan kawan rapat tuju-tuju 200 pax sudah memadai, jika nak jemput adik, beradik, keluarga jauh dan dekat, kawan baik ibu ayah, kawan baik kita tuju-tuju 300 pax sudah memadai. Jika berhajat nak jemput semua saudara mara, adik beradik dan rakan tempat kerja tuju-tuju 500 pax sudah mencukupi. Jika yang nak dijemput semua dan kita jemput melalui media sosial yang kita kena sediakan 800-1000 pax. Bila kita dah tahu seramai mana jemputan maka kita boleh pilih tempat yang sesuai. Lebih ramai tetamu jemputan maka lebih luas kawasan diperlukan.
Itu sahaja perkongsian saya buat kali ini, semoga mendatangkan manafaat kepada bakal pengantin tahun yang akan datang. Jangan pilih dewan kahwin yang salah nanti menyesal malu keluarga.
No comments:
Post a Comment