Tuesday, December 26, 2023

Kepentingan Taksiran Cukai Bisnes Homestay

Cukai perniagaan ialah keuntungan yang diperolehi dari hasil perniagaan adalah pendapatan yang layak dikenakan cukai. Perniagaan atas nama enterprise, resources ataupun rumah inap milikan tunggal ataupun perkongsian. Jika perniagaan milik tunggal, seorang sahaja yang perlu declare cukai perniagaan.Cukai dikenakan pada untung bisnes selepas pelarasan belanja yang tak dibenarkan tolak cukai, elaun modal, rugi dari tahun terdahulu. Untung selepas pelarasan akan bawa bawah nama pemilik bisnes dan dikira cukai bawah nama pemilik bisnes. 

Tempoh transaksi yang boleh ambil kira untuk sediakan penyata kewangan adalah dari Januari sampai Disember setiap tahun. Selepas tu ada tempoh 6 bulan untuk declare cukai ke LHDN pula. Cukai bukan dikenakan pada berapa jualan yang bisnes kita boleh buat. Cukai bukan dikenakan pada berapa banyak duit masuk ke dalam bank. Jadi jangan bimbang jika duit masuk melalui bank hingga kita terpaksa nak sorokkan banyak duit dalam pelbagai bank berbeza. Tidak kira jika bisnes yang dijalankan sepenuh masa atau sepatuh masa, secara online ataupun menawarkan perkhidmatan walau punya pendapatan tetap,  wajib buat taksiran cukai. Declare cukai tak semestinya kena cukai. Buat bisnes wajib DECLARE cukai.

Adakah anda sudah bersedia? Sebelum kita mulakan bagaimana cara untuk lengkapkan penyata kewangan bisnes kita bagi tujuan taksiran cukai tahun hadapan. Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebagai orang yang menjalankan perniagaan.
1. Daftar sebagai pembayar cukai sejurus memulakan perniagaan, jika pertama kali dapatkan nombor pin terlebih dahulu di cawangan LHDN berhampiran.
2. Dapatkan Borang Nyata Pendapatan dengan LHDN
3. Lengkapkan Borang B(milikan tunggal) di portal rasmi LHDN, perlu diisi sehingga 30 Jun selepas tahun taksiran.
4. Sediakan penyata akaun atau kewangan/rekod perniagaan seperti untung dan rugi, rekod jualan dan rekod belian
5. Sediakan dokumen sokongan(resit, bil, penyata bank dll)
6. Sediakan 2 file berasingan untuk penyata akaun dan dokumen sokongan.
7. Semua rekod ini perlu disimpan sehingga 7 tahun.

Mengapakah rekod perlu disimpan?
1. Memudahkan penyediaan akaun perniagaan
2.Memudahkan pengisian borang cukai perniagaan
3. Membantu semakan jika didatangi audit LHDN

Apakah dokumen yang perlu disimpan?
1. Resit atau invois jualan dan belian
2. Bil tunai
3. Penyata bank
Semua penyata bank atau buku simpanan di mana yang masuk dan keluar dipaparkan. Pemilik perniagaan harus memiliki akaun bank yang berbeza khas untuk perniagaan.
4. Dokumen lain yang berkaitan

Apakah itu rekod jualan?
1. Jualan/servis tunai atau kredit
2. Ambilan stok untuk kegunaan sendiri atau keluarga

Apakah rekod belian?
Belian tunai atau kredit untuk stok perniagaan.

Rekod Perbelanjaan
Resit yang mengandungi tarikh, amaun dan tujuan perbelanjaan dilakukan.

Melihat kepada jumlah pendapatan keuntungan perniagaan dengan jumlah cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah amaun yang tidak begitu membebankan. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang memiliki lebih satu pendapatan untuk memberi sebahagian keuntungan tersebut kepada negara dengan membayar cukai bagi tujuan pembangunan negara dan masyarakat. Tidak semua pendapatan perniagaan kita akan dikenakan cukai oleh kerajaan yang penting kita sebagai pemilik perniagaan wajib membuat taksiran cukai terlebih dahulu iaitu membuat pernyataan hasil pendapatan yang diperolehi. 

Dalam perniagaan rumah inap atau homestay yang menawarkan perkhidmatan penginapan juga tidak lari dari dikenakan cukai perniagaan. Mungkin kita berangggapan lari atau sembunyikan bisnes kita dari LHDN adalah langkah yang bagus untuk elakkan dari dikenakan cukai berganda. Sebenarnya gagal membuat taksiran cukai perniagaan adalah perkara paling malang yang telah kita tersilap lakukan, bukan cukai sahaja yang wajib dibayar termasuk dengan penalti kerana gagal membuat taksiran cukai. Lebih baik kita buat taksiran cukai bisnes kita dari LHDN membuat taksiran cukai terhadap bisnes kita.

Sekian






Monday, December 25, 2023

TIPS MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN UNTUK BAKAL MEMPELAI




Pada tiga puluh tahun yang lalu majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang diadakan secara meriah melibatkan hampir keseluruhan penduduk kampung yang sama-sama bekerjasama, tolong- menolong di antara satu sama lain atau dipanggil merewang. Kadangkala tuan rumah duduk saja, semuanya diselesaikan oleh penduduk kampung. Seminggu sebelum majlis dan dikumpul kayu api, periuk belanga, kawah malahan telah dibina pondok dari daun nipah bertiangkan buluh bermejakan papan atau buluh.

Sepuluh tahun kemudian trend majlis perkhawinan telah berubah iaitu ramai keluarga mengadakan majlis secara kecil-kecilan dibantu oleh keluarga sendiri. Keadaan seperti ini banyak berlaku di kawasan bandar ataupun kawasan perumahan. Walaubagaimanapun majlis kahwin secara bergotong-royong atau merewang masih lagi diamalkan sehingga kini disesetengah tempat. 

Namun begitu aktiviti merewang sudah semakin dilupakan apabila ramai ibubapa memilih pakej dari tempat kahwin bagi mengadakan majlis perkahwinan anak mereka. Pemilihan wedding planner atau pemilihan dewan untuk majlis kahwin adalah disebabkan beberapa faktor seperti sibuk dengan kerja, penat kerana sudah berusia, tiada saudara hendak membantu dan faktor persekitaran iaitu kawasan rumah yang sempit.

Terdapat beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh bakal pengantin untuk memilih tempat kahwin yang sesuai. 

1. Dapatkan izin dari ibubapa
Nampak masalah kecil, sebenarnya ibubapa juga perlu dibawa bincang kerana majlis kahwin bukan majlis kita seorang sahaja tetapi melibatkan kedua belah pihak. Pandangan dan restu ibubapa harus di ambil kira juga.




























2. Faktor kewangan
Faktor ini sangatlah penting, berapa yang boleh kita keluarkan untuk majlis kahwin kita bakal menentukan dewan mana yang harus kita pilih. Jika duit simpanan kita banyak, kita boleh pilih dewan yang lebih besar yang menyediakan semua perkhidmatan dari segi makanan, penginapan, makeup, busana, fotografer, door gift, pelamin dan meja beradab. Jika kita perlu berjimat dan pada masa yang sama ingin majlis kita berjalan lancar dengan tidak perlu bersusah payah dan berpenat lelah boleh memilih pakej yang yang menawarkan servis seperti pelamin, catering, dewan dan penginapan.




























3. Faktor jarak
Faktor jarak tempat kahwin dengan rumah kita juga amatlah penting. Bagi pengantin perempuan dinasihati supaya memilih dewan perkahwinan dekat dengan rumah mereka untuk memudahkan urusan samada semasa untuk majlsi akad nikah ataupun majlis resepsi.




























4. Catering/lauk-pauk
Sebelum ini kita pernah dengar isu catering scammer tak hantar lauk-pauk bayaran semua dah langsai, bila telefon senyap tak dijawab. Hal ini sangat mengerikan, pilihlah pakej dewan yang kita boleh lihat  pengguna letak komen positif. Sebelum inipun ramai yang telah mengadakan pelbagai majlis di tempat mereka. Jangan terpedaya dengan janji manis pihak catering yang nak bagi harga murah dengan menu yang bermacam-macam seperti RM10-RM14 perhead teramat murah. Kos menyediakan bahan mentah bukannya murah sekarang ini, apa lagi jika gulai kawah menggunakan daging tempatan sahaja tanpa dicampur dengan bahan- bahan lain. Jadi berhati-hati murah mungkin dari segi kuantiti dan kualiti kurang, kita tempah 500 orang tapi tak sampai 200 orang makan dah licin. Pastikan juga pihak catering menyediakan "jong kako" iaitu pembantu semasa majlis berlangsung. Perlu dipastikan juga servis pihak catering berapa lama 5 jam, 6 jam atau sehingga lauk habis senang kita nak rancang, yang penting pastikan lauk pauknya sedap.

4. Masa dewan beroperasi
Ramai pengusaha dewan kahwin yang memberi perkhidmatan mereka sehari sahaja, ada yang telah tetapkan masa antara jam 10pg hingga 5 petang sahaja, ada juga yang bagi penginapan percuma semalaman dan ada juga yang menyediakan penginapan 2 mlm maknanya keluarga pengantin boleh berada disitu selama 3 hari 2 mlm. Kita kena rancang dan cari tempat yang bersesuaian dengan keperluan kita, jika tempat kahwin dekat dengan rumah dan tiada saudara- mara dari jauh maka sehari sudah cukup majlis kita. Jika ada saudara mara yang nak rehat tidur pilihlah tempat kahwin yang menyediakan penginapan.

























5. Pelamin
Bagi mereka yang memilih dewan atau tempat kahwin di luar kediaman, selalunya pelamin pemilik dah sediakan. Ada pemilik dewan yang ikut citarasa kita sanggup tukar pelamin setiap kali majlis kahwin berlangsung. Ada juga yang guna pelamin yang sama walau berpuluh- puluh perkahwinan diadakan, tukar sekali sebulan atau tidak pernah tukar kecuali pelamin semakin kurang ceria baru ditukar design baharu. Semua ini bergantung kepada pemilihan kita, jika kita tak ingin pelamin kita sama dengan yang lain maka carilah tempat yang owner sanggup menukar design pelamin lain khas untuk kita. 

6. Bilangan tetamu
Saya rasa faktor ini ramai yang terlepas pandang. Jika kita bercadang nak buat majlis secara kecil-kecilan jemput adik beradik, keluarga terdekat dan kawan rapat tuju-tuju 200 pax sudah memadai, jika nak jemput adik, beradik, keluarga jauh dan dekat, kawan baik ibu ayah, kawan baik kita tuju-tuju 300 pax sudah memadai. Jika berhajat nak jemput semua saudara mara, adik beradik dan rakan tempat kerja tuju-tuju 500 pax sudah mencukupi. Jika yang nak dijemput semua dan kita jemput melalui media sosial yang kita kena sediakan 800-1000 pax. Bila kita dah tahu seramai mana jemputan maka kita boleh pilih tempat yang sesuai. Lebih ramai tetamu jemputan maka lebih luas kawasan diperlukan.

Itu sahaja perkongsian saya buat kali ini,  semoga mendatangkan manafaat kepada bakal pengantin tahun yang akan datang. Jangan pilih dewan kahwin yang salah nanti menyesal malu keluarga. 

https://www.facebook.com/terataksalihin52 

untuk lihat dewan kahwin saya.

Terima kasih



Tuesday, May 9, 2023

Tips Pengusaha Dewan Perkahwinan Part 1


 Menjadi wedding planner atau perancang majlis perkahwinan adalah tidak semudah yang disangkakan. Terlalu banyak perkara yang perlu diperincikan dan diperhatikan. Iya sangat berbeza dengan pengusaha homestay yang juga berfungsi sama dengan pengusaha tempat majlis perkahwinan. Perancang perkahwinan yang juga pengusaha majlis perkahwinan bukan sahaja perlu merancang perancangan majlis tetapi harus berinteraksi dengan feel perangai customer bukan sahaja sebelum, semasa malahan selepas majlis kahwin berlangsung.

Saya akan usulkan beberapa tips yang mungkin mengambil sedikit masa untuk saya menulis setelah sekian lama menyepi apatah lagi, negara kita baru sahaja perkembangan bisnes perkahwinan semakin meningkat setelah COVID 19. Menjadi pengusaha homestay sangatlah menarik dan bagi saya ia tidak begitu membebankan jika kita pandai menentukan peraturan kepada penghuni homestay. Homestay kita yang berantakan selepas digunakan, itu sudah lumrah manusia. Umpama habis madu sepah dibuang. Madu yang diberi, tuba yang dibalas. Oleh itu ketika check in atau semasa booking pastikan customer menyatakan ic nya, bukan kita saja- saja- atau nak berkenalan tetapi sebagai langkah berjaga- jaga. Begitu juga dengan bayaran deposit security juga wajib sebagai cagaran mana tahu perkara diluar pemikiran terjadi. Homestay kita pandai pandailah kita menetapkan peraturan ya.

Okey kita berbalik kepada pengusaha tempat perkahwinan. Pada pendapat saya memang terlalu banyak tempat atau dewan kahwin yang menyediakan perkhidmatan mereka masing- masing dan setiap tempat itu memilik fungsi dan kelebihan yang berbeza- beza dan niche customer juga tidak sama malahan berbeda- beda. Jadi, jangan terasa rendah diri jika homestay atau tempat kita tidak seindah tempat orang.

Homestay yang sedia ada boleh dijadikan tempat kahwin yang cantik jika memiliki ciri-ciri seperti binaan rumah yang unik, kawasan yang luas serta memiliki infrastruktur yang lengkap. Untuk menambahbaik homestay menjadi tempat kahwin, anda boleh melakukan dengan dua cara iaitu sama ada melakukan pinjaman ataupun menambah kelengkapannya sedikit demi sedikit. 

Melakukan pinjaman memang senang untuk dilakukan namun sangat sukar untuk membayarnya nanti, apatah lagi ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Keuntungan  yang didapati untuk majlis kahwin seperti ini adalah mengikut musim- musimnya sahaja, jika kita tidak dapat survive ketika diluar musim, pasti buntu fikiran bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut. Bagi saya, saya pilih buat secara beransur- ansur, maksudnya setiap waktu itu ada pembaharuan yang anda lakukan pada tempat anda, jika duit lebih tambah lebih banyak jika duit kurang stop dahulu dan lakukan kemudiannya. Anda bebas hutang dan tidak akan terbeban dengan ketiadaan customer, enggak apa- apa- jika anda melihat tempat lain rancak dengan majlis dan acara sedangkan tempat anda sendu sahaja. Tiga tahun pertama adalah zaman penentu jatuh bangun bisnes anda.

Jika anda memilih untuk memulakan bisnes sebagai owner tempat kahwin tetapi dengan cara melakukannya sendiri tanpa melakukan pinjaman, tapi anda pasti punya punca pendapatan bulanan. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah melengkapkan kelengkapan yang perlu ada pada suatu tempat perkahwinan itu. Baik anda sudah ada tempat kediaman tapi belum ada lagi pelamin atau Dewan Pelamin.

Wujudkan dewan pelamin, anda boleh bina dewan tertutup atau terbuka. Saya sarankan bina dewan pelamin tertutup. Jika tempat anda kawasannya luas dan terbuka, tempat terbuka jadikan tempat tetamu makan, Dewan pelamin tertutup dan berhawa dingin khusus untuk pelamin dan tempat pengantin bergambar supaya tak cair make up pengantin, juga untuk keselesaan mempelai. 


Ada sebahagian tempat kahwin yang menyediakan pelaminnya sendiri, maksudnya pelamin dengan design serta warnanya telah disediakan dan ditetapkan oleh pihak owner. Mereka akan hias dewan tertutup mereka dengan pelbagai jenis jambangan bunga dan dekorasi. Anda juga boleh menyediakan ya juga, jika kurang berkemampuan boleh menggunakan perkhidmatan bridal- bridal yang lain. Pada awal pembabitan saya dalam bisnes ini, tidak punya banyak kelengkapan untuk menyediakan dekorasi pelamin sendiri. Jadi saya serah kepada pihak pengantin untuk mengupah bridal dekorasikan pelamin mereka. Lama- Kelamaan, saya perhatikan hasilan gubahan pelamin dari bridal, bukan maksud saya untuk memburukkan sesiapa. Adalah tidak berbaloi pengantin membayar harga mahal tetapi hasilannya kurang memuaskan. Dari situ saya bertekad untuk menghasilkan dekorasi pelamin sendiri.


Mereka pelamin sendiri bukanlah semudah yang disangkakan walaubagaimanapun kita boleh belajar design melalui YouTube, TikTok dan sebagainya. Bunga hydrangea, rose, piony dan pelbagai jenis daun kita boleh dapatkan di kedai berhampiran atau order melalui shopee maupun Lazada. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati- hati jika memesan melalui online takut tersalah beli dan tidak menepati citarasa. 

Untuk menghasilkan dekorasi pelamin sudah tentu memerlukan banyak bunga. Anda juga boleh menyediakan props yang minima dibelakang pelamin. Bagi saya pelamin yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan dewan atau tempat kahwin yang kita bina. Kita juga perlu tahu 'niche' atau target customer kita. Saya hanya menetapkan target customer yang mahukan majlis yang sederhana, tidak begitu besar dan mampu milik. Jika customer punya citarasa besar, mahukan majlis yang meriah serta pelamin sebesar dewan, tempat saya tidak boleh menghasilkan itu semua. Jadi saya sarankan ke tempat yang lebih bagus. Menyediakan perkhidmatan terbaik untuk niche customer kita juga merupakan satu ibadah dalam Islam, kita memudahkan urusan orang lain.

Walaubagaimanapun kita boleh menghasilkan pelbagai dekorasi pelamin bergantung kepada citarasa serta bersesuaian dengan tema mempelai. Anda perlu mencari apa kelebihan tempat anda berbanding dengan tempat-tempat perkahwinan yang lain. Bagi saya mencari kelainan itu amat perlu apa lagi keadaaan sekarang penuh dengan persaingan, apatah lagi dewan perkahwinan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik mereka. Bagi saya, pengantin sangat gembira jika pelamin untuk mereka tidak serupa dengan orang lain. Jadi, saya sedaya upaya menyediakan dekorasi pelamin yang pelbagai warna dan tema yang tidak sama di antara satu sama lain, namun ia tidak melangkaui bajet dan peralatan yang sedia ada. Saya kongsikan patternnya







Saya sukakan pattern yang berstruktur dan kemas berbanding dengan yang tampak meliar.Well itu sahaja untuk kali ini, kita bersua lagi untuk part seterusnya. 

Boleh lihat di 

https://www.facebook.com/terataksalihin52 

untuk lihat dewan kahwin saya.




 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni