Cukai perniagaan ialah keuntungan yang diperolehi dari hasil perniagaan adalah pendapatan yang layak dikenakan cukai. Perniagaan atas nama enterprise, resources ataupun rumah inap milikan tunggal ataupun perkongsian. Jika perniagaan milik tunggal, seorang sahaja yang perlu declare cukai perniagaan.Cukai dikenakan pada untung bisnes selepas pelarasan belanja yang tak dibenarkan tolak cukai, elaun modal, rugi dari tahun terdahulu. Untung selepas pelarasan akan bawa bawah nama pemilik bisnes dan dikira cukai bawah nama pemilik bisnes.
Tempoh transaksi yang boleh ambil kira untuk sediakan penyata kewangan adalah dari Januari sampai Disember setiap tahun. Selepas tu ada tempoh 6 bulan untuk declare cukai ke LHDN pula. Cukai bukan dikenakan pada berapa jualan yang bisnes kita boleh buat. Cukai bukan dikenakan pada berapa banyak duit masuk ke dalam bank. Jadi jangan bimbang jika duit masuk melalui bank hingga kita terpaksa nak sorokkan banyak duit dalam pelbagai bank berbeza. Tidak kira jika bisnes yang dijalankan sepenuh masa atau sepatuh masa, secara online ataupun menawarkan perkhidmatan walau punya pendapatan tetap, wajib buat taksiran cukai. Declare cukai tak semestinya kena cukai. Buat bisnes wajib DECLARE cukai.
Adakah anda sudah bersedia? Sebelum kita mulakan bagaimana cara untuk lengkapkan penyata kewangan bisnes kita bagi tujuan taksiran cukai tahun hadapan. Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebagai orang yang menjalankan perniagaan.
1. Daftar sebagai pembayar cukai sejurus memulakan perniagaan, jika pertama kali dapatkan nombor pin terlebih dahulu di cawangan LHDN berhampiran.
2. Dapatkan Borang Nyata Pendapatan dengan LHDN
3. Lengkapkan Borang B(milikan tunggal) di portal rasmi LHDN, perlu diisi sehingga 30 Jun selepas tahun taksiran.
4. Sediakan penyata akaun atau kewangan/rekod perniagaan seperti untung dan rugi, rekod jualan dan rekod belian
5. Sediakan dokumen sokongan(resit, bil, penyata bank dll)
6. Sediakan 2 file berasingan untuk penyata akaun dan dokumen sokongan.
7. Semua rekod ini perlu disimpan sehingga 7 tahun.
Mengapakah rekod perlu disimpan?
1. Memudahkan penyediaan akaun perniagaan
2.Memudahkan pengisian borang cukai perniagaan
3. Membantu semakan jika didatangi audit LHDN
Apakah dokumen yang perlu disimpan?
1. Resit atau invois jualan dan belian
2. Bil tunai
3. Penyata bank
Semua penyata bank atau buku simpanan di mana yang masuk dan keluar dipaparkan. Pemilik perniagaan harus memiliki akaun bank yang berbeza khas untuk perniagaan.
4. Dokumen lain yang berkaitan
Apakah itu rekod jualan?
1. Jualan/servis tunai atau kredit
2. Ambilan stok untuk kegunaan sendiri atau keluarga
Apakah rekod belian?
Belian tunai atau kredit untuk stok perniagaan.
Rekod Perbelanjaan
Resit yang mengandungi tarikh, amaun dan tujuan perbelanjaan dilakukan.
Melihat kepada jumlah pendapatan keuntungan perniagaan dengan jumlah cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah amaun yang tidak begitu membebankan. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang memiliki lebih satu pendapatan untuk memberi sebahagian keuntungan tersebut kepada negara dengan membayar cukai bagi tujuan pembangunan negara dan masyarakat. Tidak semua pendapatan perniagaan kita akan dikenakan cukai oleh kerajaan yang penting kita sebagai pemilik perniagaan wajib membuat taksiran cukai terlebih dahulu iaitu membuat pernyataan hasil pendapatan yang diperolehi.
Dalam perniagaan rumah inap atau homestay yang menawarkan perkhidmatan penginapan juga tidak lari dari dikenakan cukai perniagaan. Mungkin kita berangggapan lari atau sembunyikan bisnes kita dari LHDN adalah langkah yang bagus untuk elakkan dari dikenakan cukai berganda. Sebenarnya gagal membuat taksiran cukai perniagaan adalah perkara paling malang yang telah kita tersilap lakukan, bukan cukai sahaja yang wajib dibayar termasuk dengan penalti kerana gagal membuat taksiran cukai. Lebih baik kita buat taksiran cukai bisnes kita dari LHDN membuat taksiran cukai terhadap bisnes kita.
Sekian