Saturday, March 18, 2017

CARA MENDAFTAR BISNES HOMESTAY ANDA

CARA MENDAFTAR BISNES HOMESTAY ANDA                                                                                                                                                                                          
Assalamualikum.....anda serius dalam bidang ini? Sudah tentu ada satu perkara yang amat penting yang ramai dikalangan kita terlepas pandang, yang perlu kita lakukan sekiranya ingin terus maju dan berjaya dalam bisnes ini. Apatah lagi jika saluran multimedia kita jadikan sebagai platform utama untuk memasarkan perniagaan kita.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).
Perniagaan yang boleh didaftarkan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksudmaksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). 
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut: 1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik. 2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.  

Bagaimana caranya...pergi ke pejabat SSM
Prosedur Pendaftaran 
1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’. 
a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy 
b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise. 
2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut : 
a) Nama perniagaan 
b) Tarikh permulaan perniagaan 
c) Alamat utama perniagaan 
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada) 
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi 
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan 
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada) 
3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
 4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my. 5. 
Dokumen yang perlu dilampirkan: 
a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi 
b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan) 
c)Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan 
Syarat 
1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap 
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas 
3. Pemilik/rakankongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan. 
Fi Pendaftaran 
1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00 
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00 
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan 
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 
Panduan Am 
1. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan 
2. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran. 
3. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral. 
4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat. 
5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. 
6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
Untuk pengetahuan anda yang ingin mendaftarkan bisnes homestay dengan SSM, hanya 2 perkataan yang diterima pakai iaitu GuestHouse dan Rumah Penginapan. Sebagai contoh Salihin Guest House atau Rumah Penginapan Salihin. Nama tred inilah yang akan digunapakai di dalam blog bisnes anda. Nombor Pendaftaran dari SSM perlu dipamerkan selepas Nama Tred tersebut di blog anda.

Tentu anda tidak ingin disaman oleh SSM, 



400 USAHAWAN MENERUSI TALIAN DIKENAKAN TINDAKAN TIDAK DAFTAR PERNIAGAAN


2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama
salam,
zunianti

2 comments:

 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni