Sunday, August 5, 2018

FACEBOOK ADS DAN BISNES HOMESTAY

FACEBOOK ADS DAN HOMESTAY

Aiikkk.....kau nak bisnes Homestay? Ada orang ke nak menginap? Mana ada orang tempat jin bertendang tu? Susahlah kan kena cuci, kena bersihkan pula selepas penghuni check out.

Mungkin ini kata kata rakan anda ataupun kata kata anda sendiri tentang Bisnes Homestay. Malahan lambakan homestay sekitar kampung anda sendiri yang sunyi tanpa berpenghuni. Camna nihh...tak balik modal nih, tak lepas sewa rumah nih ataupun tak lepas bil elektrik. 

Jika kita mengalami situasi sebegini, nampak gayanya bisnes kita akan menuju kemusnahan. Lakukan sesuatu, untuk mengubahnya..lakukan sesuatu untuk mengubah persepsi masyarakat tentang bisnes Homestay. Sebenarnya bisnes homestay adalah bisnes yang paling mudah dan senang, apatah lagi jika kita tidak perlu menyewa rumah lain untuk dijadikan homestay.

Topik hari ini...saya ingin membincangkan tentang kaedah pemasaran bisnes Homestay, mungkin ada dalam kalangan kita yang menjadikan facebook, twitter atau apa sahaja medan sosial sebagai salah satu strategi pemasaran bisnes kita. Kadangkala kita menjadikan wall facebook sebagai tempat mempromosikan bisnes homestay. Sebenarnya tidak salah cara sebegini, cuma sampai masanya jika diketahui oleh Facebook ditutupnya akaun kita habis cerita.

Pertama sekali, apa yang harus kita lakukan ialah sudah pasti kita perlu ada akaun facebook. Semua orang ada akaun facebook tetapi bukan semua orang yang menjadikan facebook sebagai tapak perniagaan memasarkan bisnes mereka dengan jayanya. Kesilapan yang sering kita lakukan ialah dengan cara mengtag kenalan untuk mempromosikan bisnes kita. Itu tidak seharusnya dilakukan.

Selain memiliki  akaun facebook, pastikan kita menambah kenalan yang kita telah 'niche', maksudnya sudah tentu golongan sasaran kita ialah antara umur 30 tahun hingga 50 tahun. Pastikan juga kita menyertai kumpulan kumpulan facebook yang melakukan bisnes yang sama seperti kita.

Bagaimana dan bila pula kita nak mempromosikan bisnes kita? Bukan setiap hari kita melakukan promosi, mungkin dalam kebarangkalian 1 post untuk promosi bisnes dan 7 post berkenaan dengan hal hal lain, mungkin berkenaan dengan bisnes ini tetapi tidak bertujuan mempromosi. Mengapa perlu buat begitu? Jalinan hubungan silaturahim melalui facebook juga penting, bukan semata mata untuk melariskan bisnes.

Selepas sudah ada akaun facebook, apa yang perlu dilakukan ialah mewujudkan satu lagi akaun hanya untuk mempromosikan bisnes kita melalui Facebook Page. Kesalahan yang ketara kita lakukan ialah dengan menjadikan Facebook Wall sebagai tempat kita menjual, ini kesilapan yang tidak harus kita lakukan. 

Kesalahan kedua yang harus kita lakukan ialah kita sudah ada akaun di Facebook Page, sudah mempromosikannya dengan kekerapan maksima tetapi mengapa belum laris lagi bisnes kita. Untuk pengetahuan semua, tidak semua perkara boleh laris dengan percuma. Facebook juga merupakan bisnes, mereka yang sanggup berbisnes sahaja yang akan menjadi tumpuan. Maksud saya,....perlu bayar facebook untuk mempromosikan bisnes kita.

Kena bayar ke? Ia wajib bayar...jika tidak tiada siapa yang perasan kewujudan bisnes homestay kita. Tiada yang percuma sebenarnya..lagipun kita tidak mampu mempromosikan bisnes kita setiap hari, setiap jam ataupun setiap minit. maka...kita gunakan facebook untuk melakukan kerja senang itu. 
 
Copyright © 2014 Blog Zunianti | Designed by FaqihahHusni